Saturday 22 February 2020

Tahniah diucapkan kepada En. Mohd Hassry Bin Mustakim dan Pn. Sahira Haryati Bt Sairi yang telah dipilih sebagai Ahli Jawatan Kuasa Pertubuhan Guru Pendidikan Khas (PGPK) Kulai 2020-2022. Semoga terus cemerlang.



MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 35 DAN HARI ANUGERAH CEMERLANG SMK BANDAR TENGGARA 2020

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 35 Dan Hari Anugerah Cemerlang SMK Bandar Tenggara telah diadakan pada 16 Februari 2020 di Dewan Permata. Majlis dirasmikan oleh En. Ahmad Bin Saian, Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Tenggara. Mesyuarat agung PIBG turut dikendalikan oleh En. Ahmad bin Saian.
Dalam Majlis Hari Anugerah Cemerlang, 8 orang pelajar PPKI SMK Bandar Tenggara menerima hadiah berdasarkan kecemerlangan dalam bidang akademik bagi tahun 2019. Mereka ialah Muhamad Rejab Ali Zulfikar Abu Assalam, Muhamad Hafizudin Azman, Muhamad Aiyzat Othman, Noraishah Mohd Affandi, Muhammad Aqahffi Bin Shamsuddin, Muhamad Sanihakimy B. ABdullah, Raja Mohamad Adnan Bin Raja Noor Mohamad dan Nur Natasha Mohd Aris. Tahniah diucapkan.

Mesyuarat PIBG dikendalikan oleh YDP PIBG

Suasana di dalam Dewan Permata

Ucapan Pengetua SMK Bandar Tenggara

Ucapan YDP PIBG SMKBT

Muhammad Rejab Ali Zulfikar Abu Assalam

Siti Noraishah Mohamad Afandi

Raja Mohamad Adnan Raja Noor Mohamad

Muhamad Sanihakimy Abdullah

Muhammad Aqahffi Shamsuddin

Muhamad Hafizudin Azman

Muhamad Aiyzat Othman

Nur Natasha Mohd Aris

Thursday 20 February 2020

PERTANDINGAN BOLING TENPIN PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAI 2020

Pertandingan Boling Tenping Pendidikan Khas Daerah Kulai 2020 telah dijalankan pada 19 Februari 2020 di Daiman Bowl Johor Jaya. PPKI SMK Bandar Tenggara telah menghantar 7 peserta dan telah memperoleh kejayaan dalam seperti berikuti. Tahniah diucapkan. 

Kategori Invidivu Perempuan
Nur Natasha Bt Mohd Aris (Tempat ke 2)
Nuraishah Bt Mohamad Affandi (Tempat ke 6)
Wan Rabiatul Suhada Bt Azman (Tempat ke 7)


Kategori Individu Lelaki
Ahmad Kamri B. Mohd Meli (Tempat ke 8)
Raja Muhammad Adham Bin Raja Noor Mohamad (Tempat ke 14)
Muhammad Aqahffi B. Shamsuddin (Tempat ke 17)


Kategori Individu Cerebral Palsy
Nurul Asyikin Bt Ruslan (Tempat ke 4)


Kategori Berpasukan Perempuan : Tempat ke 2


Kategori Berpasukan Lelaki : Tempat ke 4


Naib Johan Berpasukan Perempuan Senior
Naib Johan Individu (Nur Natasha Bt Mohd Aris)
Pasukan Lelaki
Pasukan Perempuan dan Kategori CP

Monday 17 February 2020

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KULAI 2020

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Haziq Bin Hairul atas pencapaian Gangsa dengan lontaran sejauh 9.90 m dalam acara Lontar Peluru kategori Lelaki 18 di Kejohanan Olahraga MSSD Kulai 2020. Kejohanan yang berlangsung di Stadium Azman Hashim, UTM SKudai dirasmikan oleh Tuan Zainal B. Buang, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kulai. Tahniah diucapkan.

Kemenjadian murid

Tempat ketiga keseluruhan

Tuesday 11 February 2020

PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) KEPADA MURID PPKI SMK BANDAR TENGGARA 2020

Program Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM100 bagi murid-murid SMK Bandar Tenggara telah dijalankan pada 10 Februari 2020. Bagi semua murid PPKI, bantuan RM100 telah diberikan kepada 34 murid PPKI yang layak. Bantuan disampaikan kepada ibu bapa yang dapat hadir dan murid-murid yang boleh menguruskan kewangan sendirian. Semoga pemberian bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapa

Wajah ceria menerima RM100

Melatih untuk percaya kepada kemampuan anak-anak menguruskan kewangan

Afiq yang paling gembira

Disampaikan oleh GPK Pendidikan Khas

Murid dilatih untuk mengisi borang dengan bimbingan guru

Monday 10 February 2020

KEHADIRAN 100% MURID KE SEKOLAH BAGI 2019

Sepanjang tahun 2019 yang lalu, tiga orang murid PPKI telah menunjukkan kesungguhan dan contoh tauladan yang baik dengan hadir setiap hari ke sekolah. Tahniah diucapkan kepada Muhamad Knorezani Bin Raya, Muhammad Hafizuddin Bin Azman dan Siti Noraishah Bt Mohamad Afandi. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Dewan Permata pada 9 Februari 2020 yang lalu oleh Pn. Haslina Bt Mohd Bakri, GPK Pentadbiran SMK Bandar Tenggara. Dalam majlis tersebut juga disampaikan Kehadiran Kelas Terbaik 2019 dengan dua kelas PPKI menunjukkan pencapaian cemerlang dengan hadir melebihi 95% sepanjang 2019. Kelas berkenaan ialah PK Intan dengan 96.84% dan PK Zamrud dengan 95.77%. Tahniah.

Muhamad Rejab mewakili PK Intan dengan 96.84%

Muhd Knorezani dengan 100% kehadiran 2019

Siti Noraishah dengan 100% kehadiran

Muhamad Hafizudin dengan 100% kehadiran

Thursday 6 February 2020

KEJOHANAN OLAHRAGA SMK BANDAR TENGGARA KALI KE 28, 2020

Kejohanan Olahraga SMK Bandar Tenggara kali ke 28, tahun 2020 telah diadakan pada 6 Februari 2020 di Stadium Tenggara. Pelajar-pelajar Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara turut terlibat dan menyumbang pingat bagi rumah sukan masing-masing. Bagi edisi kali ini, rumah Lekir telah muncul johan keseluruhan. Tahniah diucapkan. 


Perhimpuna  rumah sukan di padang
Perbarisan rumah Tuah
Perbarisan rumah Kasturi
Perbarisan rumah Jebat
Perbarisan rumah Lekir
Acara Rejam Lembing Lelaki PK

Acara 100m

400m Lelaki PK

Pemenang 400m Perempuan PK

400m



PERTANDINGAN MERENTAS DESA PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAI KALI 1, 2020

Pertandingan Merentas Desa Pendidikan Khas Daerah Kulai kali pertama telah berjaya dijalankan pada 6 Februari 2020 di Hutan Bandar MPKu, Bandar Putra, Kulai. Sebanyak 5 kategori dipertandingkan dalam acara tersebut. PPKI SMK Bandar Tenggara turut serta dalam pertandingan tersebut dengan menghantar 8 orang peserta. Walaubagaimana pun, nasib tidak menyebelahi mereka dengan pencapaian terbaik sekadar tempat ke 8 bagi Raja Mohamad Adham B. Raja Noor Mohamad. Majlis penutup disempurnakan oleh Pn. Nor Hailin Bt Salekun, Penolong PPD Pendidikan Khas (Pembelajaran) Kulai. Tingkatkan usaha dan cuba lagi, Tahniah diucapkan. 

Barisan peserta PPKI SMK Bandar Tenggara
Pendaftaran peserta
Taklimat kepada peserta
Warming up
Pelepasan peserta lelaki senior
Pelepasan perempuan senior
Cabaran lelaki senior
Noraida meneruskan cabaran
Larian perempuan senior


Wednesday 5 February 2020

PROGRAM SUMBANGAN PAKAIAN DARIPADA PASARAYA SAKAN 2020

Seramai 4 orang pelajar PPKI SMK Bandar Tenggara telah dipilih sebagai penerima sumbangan uniform sekolah dengan kerjasama Parasaya Borong Sakan. Sumbangan diberikan kepada penerima yang layak berdasarkan syarat-syarat tertentu. Tahniah dan terima kasih diucapkan. Semoga sumbangan pakaian dapat memberikan sedikit sinar kepada anak-anak PPKI SMK Bandar Tenggara. Didoakan juga agar Pasaraya Borong Sakan terus maju dan berjaya.


Penerima gembira dengan bahagian masing-masing
Terima kasih Sakan!!

Monday 3 February 2020

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PEMIMPIN MUDA 2020

Unit HEM SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pemimpin Muda 2020 di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara pada 2 Februari 2020 lalu. Majlis disempurnakan oleh Tuan Inspektor Faris Anas Safwan Bin Jeffry, Pegawai Perhubungan sekolah IPD Kota Tinggi. Dalam majlis tersebut, 8 unit telah diberikan watikah perlantikan iaitu, Badan Pengawas, Majlis Ketua Penolong & Bendahari (KENARI), Pengawas Pusat Sumber (PSS), Majlis Perwakilan Pelajar PraUniversiti (MPP), Ahli Lembaga Koperasi (ALK), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas SPBT dan Student Leader Board (SLB). Bacaan ikrar Pemimpin Muda diketua Saudara Muhamad Lutfi Husaini B. Hussin, Ketua Pelajar SMK Bandar Tenggara. Murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara turut terlibat dalam majlis tersebut iaitu Muhamad Haziq B. Hairul, (Ketua Kelas), Muhammad Aqahffi B. Shamsuddin sebagai ahli KENARI.

Bacaan ikrar oleh Pemimpin Muda Sekolah
Lembaga Pengawas Sekolah
Student Leader Board
Pengawas Pusat Sumber
Majlis Ketua Tingkatan, Penolong, Bendahari (KENARI)
Ucapan pengetua
Bacaan ikrar yang diketuai oleh Ketua Pelajar
Suasana di Dewan Permata
Ucapan Tuan Inspektor Faris Anas Safwan, Pegawai Perhubungan Polis Sekolah