Sunday 15 March 2015

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2015

Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menganjurkan Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor kali ke 15 pada 13 - 15 Mac 2015 yang lalu di Stadium Mini SM Sains Sembrong. Seramai 7 orang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah mewakili daerah Kulaijaya.













Sunday 8 March 2015

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAIJAYA 2015

Pejabat Pendidikan Daerah Kulai telah mengadakan Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya kali ke 13 pada 8 Mac 2015 yang lalu. SMK Bandar Tenggara turut menyertai kejohanan tersebut dan telah berjaya memperoleh 2 Emas, 6 Perak dan 1 Gangsa. Muhamad Muhaimin Eaiman B. Shaharudin turut dianugerahkan Atlet Junior Lelaki Harapan. Tahniah diucapkan.

Emas:
1. Muhamad Muhaimin Eaiman B. Saharuddin (100m LJ BP)
2. Raja Mohamad Adnan B. Raja Mohamad Noor (200m LJ BP)

Perak:
1. Khairul Hazizi B. Ahmad (Lempar Cakera LS BP)
2. Muhd Izzat Haiqal B. Muhd Zaidi (200m LS BP)
3. Baherathe A/P Raja (800m PS BP)
4. Muhamad Muhaimin Eaiman B. Saharuddin (Lompat Jauh LJ BP)
5. Najeeha Azwa Bt Mohd Jais (100m Down Sindrom Perempuan)
6. Nurul Ashikin Bt Ruslan (100m Cerebral Palsy Perempuan)

Gangsa:


Atlet Lelaki Junior Harapan:
Muhamad Muhaimin Eaiman B. Saharuddin (SMK Bandar Tenggara)












Friday 6 March 2015

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG SMK BANDAR TENGGARA KALI KE 23, 2015

Majlis Sukan Sekolah SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Kejohanan Balapan & Padang SMK Bandar Tenggara kali ke 23, 2015 di Stadium Tenggara pada 5 Mac 2015 yang lalu. Pelbagai acara dipertandingkan termasuk bagi kategori Pendidikan Khas. Bagi kategori Pendidikan Khas, empat acara dipertandingkan iaitu 100m Lelaki, 100m Perempuan, Lontar Peluru Lelaki dan Lontar Peluru Perempuan. Pendidikan Khas turut menyumbang dalam kejayaan rumah sukan masing-masing. Bagi edisi ke 23 ini, Rumah Sukan Kasturi telah menjadi Johan keseluruhan dengan 17 Emas, 14 Perak dan 15 Gangsa.

















Monday 2 March 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN MUDA SMK BANDAR TENGGARA 2015

Unit Hem SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pemimpin Muda SMK Bandar Tenggara pada 1 Mac 2015 yang lalu. Seramai lima orang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah terlibat dalam majlis tersebut dan menerima watikah perlantikan masing-masing iaitu:

1. Muhammad Fairuz B. Mohd Pauzi (Ketua Tingkatan Permata Hati)
2. Nor Atikah Bt Samat (Penolong Ketua Tingkatan Permata Hati)
3. Mohamad Hamzah B. Jamain (Bendahari Tingkatan Permata Hati)
4. Nurul Nabilah Bt Zainal Abidin (Penolong Ketua Tingkatan 4 Mutiara) - Kelas Inklusif
5.Muhamad Danial B. Nor Remee (Pemimpin Rakan Sebaya -PRS)

Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr Mazlan B. Aris, Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.