Saturday 10 February 2018

PRA KEJOHANAN BALAPAN & PADANG SMK BANDAR TENGGARA 2018

Pra Kejohanan Balapan & Padang SMK Bandar Tenggara 2018 telah dijalankan pada 7 & 8 Februari 2018 di Stadium Tenggara. Murid PPKI turut mengambil bahagian dalam pra kejohanan tersebut meliputi 3 acara iaitu Lompat Jauh, Rejam Lembing dan 400m. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang menyumbangkan pingat kepada rumah sukan masing-masing.

Acara 400m Perempuan PK
Acara 400m Perempuan PK
Menamatkan larian
Pemenang 400m Perempuan PK
Acara Lompat Jauh Lelaki PK

Acara Lompat Jauh Perempuan PK
Najeeha Azwa turut menyertai acara Lompat Jauh Perempuan PK
Peserta Rejam Lembing Lelaki PK
Pemenang Rejam Lembing Perempuan PK dari rumah Kasturi
Pemenang Rejam Lembing Lelaki PK dari rumah Jebat
Peserta dari rumah Kasturi
Peserta dari rumah Kasturi
Naib Johan dari rumah Tuah
Penyampaian hadiah acara Lompat Jauh Lelaki PK
Penyampaian hadiah acara 400m Perempuan PK
Penyampaian hadiah acara 400m Lelaki PK
Penyampaian hadiah acara Lompat Jauh Perempuan PK

Friday 9 February 2018

MESYUARAT AGUNG 1MURID 1SUKAN 2018

Mesyuarat Agung 1Murid 1Sukan SMK Bandar Tenggara 2018 telah dijalankan pada 7 Februari 2018 mengikut sukan dan permainan masing-masing. Murid-murid PPKI turut terlibat dalam mesyuarat ini. Empat jenis sukan yang disertai oleh murid-murid PPKI ialah Bola Sepak, Badminton, Petanque dan Permainan Dalaman. Tahniah kepada semua AJK yang dipilih pada tahun ini.

Mesyuarat Badminton di Dewan A
Mesyuarat Bola Sepak di Dewan B
Mesyuarat Petanque di Makmal 2
Mesyuarat Permainan Dalaman di Kantin

MESYUARAT AGUNG KELAB PERMATA HATI 2018

Mesyuarat Agung Kelab Permata Hati 2018 telah dijalankan pada 7 Februari 2018 di Kelas Pendidikan Khas. Mesyuarat yang dikendalikan oleh En. Mohd Nurul Faishal dijalankan bagi memilih AJK bagi tahun 2018. Tahniah kepada semua AJK yang dipilih pada tahun ini.

Pengerusi (kiri) dan Naib Pengerusi (kanan) 2018

Undian yang dilakukan oleh murid PPKI
Sebahagian murid PPKI
Sebahagian murid PPKI
Mesyuarat sedang dijalankan
En. Mohd Nurul Faishal sebagai pengerusi sementara



SUKANTARA SMK BANDAR TENGGARA 2018

Sukantara SMK Bandar Tenggara 2018 telah dijalankan pada 4 & 5 Februari 2018 bertempat di Padang SMK Bandar Tenggara dan Stadium Tenggara melibatkan 4 acara iaitu 100m, 400m, Lompat Jauh dan Lontar Peluru. Semua murid PPKI turut terlibat dalam sukantara tersebut mengikut rumah sukan masing-masing. Mata yang dikumpulkan akan membantu rumah sukan masing-masing merebut kejuaraan sukantara peringkat sekolah. Tahniah kepada rumah Jebat yang juara kategori Pendidikan Khas.
Acara lontar peluru yang dilakukan oleh rumah Tuah

Lontaran yang dilakukan oleh Muhd Hafiz dari rumah Lekir
Lontaran yang dilakukan oleh Ashirah dari rumah Lekir
Lontaran yang dilakukan oleh Nur Izzihanna Balqis dari rumah Tuah
Lompatan oleh Noor Alif Aiman dari rumah Kasturi
Acara lompat jauh dari rumah Lekir
Lompatan yang dilakukan oleh Wan Rabiatul Suhada dari rumah Kasturi
Lompatan yang dilakukan oleh Nurul Asyikin dari rumah Jebat
Permulaan 100m dari rumah Lekir
Larian 100m dari rumah Kasturi
larian 100m dari rumah Tuah
Permulaan 400m dari rumah Kasturi
Permulaan 400m dari rumah Tuah
Permulaan acara 400m perempuan
Menuju ke garisan penamat
Guru-guru dan PPM yang menjayakan sukantara


Sunday 4 February 2018

PROGRAM JOM KE PERPUSTAKAAN 2018

Pada 28 Januari 2018 yang lalu telah dilancarkan Program Jom Ke Perpustakaan anjuran Unit Perpustakaan dan Media Pusat Sumber SMKBT peringkat sekolah. Program dirasmikan oleh Pn. Noraini Binti Mohd Nor, Pengetua SMK Bandar Tenggara. Murid PPKI SMK Bandar Tenggara turut terlibat dalam program tersebut melalui aktiviti Jom Ke Perpustakaan yang dikendalikan oleh Puan Nor Fatimah Binti Ab Ghani. Sasaran utama program tersebut ialah murid-murid baharu PPKI 2018. Tahniah diucapkan.

Perasmian oleh Pengetua SMK Bandar Tenggara

Kerjasama kumpulan
Kerjasama kumpulan
Mendapatkan maklumat yang diperlukan
Kerjasama kumpulan
Najeeha Azwa turut terlibat