Sunday 4 March 2018

MESYUARAT PERWAKILAN PERTUBUHAN GURU PENDIDIKAN KHAS (PGPK JOHOR) & MAJLIS JALINAN KASIH MENJULANG MUAFAKAT PGPK JOHOR 2018

Pada 1 Mac 2018, Mesyuarat Perwakilan Pertubuhan Guru Pendidikan Khas (PGPK) Johor dan Majlis Jalinan Kasih Menjulang Muafakat PGPK Johor 2018 telah diadakan di Le Grandeur Resort, Senai. Perwakilan daerah Kulai turut diwakili oleh dua guru PPKI SMK Bandar Tenggara iaitu Pn. Hajah Khairani Binti Hamdan dan En. Mohd Hassry Bin Mustakim. Mesyuarat perwakilan telah memilih Tn Haji Ashaari B. Maheran dari Pontian sebagai Pengerusi manakala Majlis Jalinan Kasih telah disempurnakan oleh Cik Norbiha Binti Buang, Ketua Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas JPN Johor sebagai Wakil Rasmi Pengarah Pendidikan Negeri Johor. Semoga program yang dijalankan oleh PGPK Johor ini membawa manafaat kepada semua guru Pendidikan Khas Johor.

Deligasi Daerah Kulai
Antara perwakilan Kulai
Pengerusi Mesyuarat
Perasmian oleh Cik Norbiha Binti Buang, Ketua Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas JPN Johor
Tetamu menikmati hi tea yang disediakan

MESYUARAT AGUNG KOPERASI SMK BANDAR TENGGARA KOTA TINGGI BERHAD TAHUN 2018

Mesyuarat Agung Koperasi SMK Bandar Tenggara Kota Tinggi Berhad bagi tahun 2018 telah dijalankan pada 28 Februari 2018 di Dewan Permata. Program dipengerusikan oleh Pengetua SMK Bandar Tenggara selaku pengerusi koperasi sekolah. Murid-murid PPKI yang juga merupakan antara ahli koperasi sekolah turut terlibat dalam mesyuarat tersebut. Semoga Koperasi SMK Bandar Tenggara Kota Tinggi Berhad terus maju.

Sebahagian ALK Guru dan Pelajar yang mengendalikan mesyuarat

Ucapan Pengetua, Pn. Noraini
Paparan slaid 
Sebahagian murid PPKI yang terlibat dalam mesyuarat
Taklimat setiausaha Koperasi
Banner mesyuarat
Sebahagian murid yang mengikuti mesyuarat agung koperasi


MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN MUDA 2018

Unit HEM SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pemimpin Muda 2018 di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara pada 25 Februari 2018 lalu. Majlis disempurnakan oleh Tuan Inspektor Zaireal , Pegawai Perhubungan sekolah IPD Kota Tinggi. Dalam majlis tersebut, 7 unit telah diberikan watikah perlantikan iaitu, Badan Pengawas, Majlis Ketua Penolong & Bendahari (KENARI), Pengawas Pusat Sumber (PSS), Majlis Perwakilan Pelajar PraUniversiti (MPP), Ahli Lembaga Koperasi (ALK), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Student Leader Board (SLB- English Rangers) Bacaan ikrar Pemimpin Muda diketua Saudara Muhamad Afiq, Ketua Pelajar SMK Bandar Tenggara. Murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara turut terlibat dalam majlis tersebut iaitu Ahmad Kamri Bin Mohd Meli dan Muhd Zairul Akhbar Bin Jamaludin sebagai ahli KENARI.


Nyanyian lagu Negaraku
Ketibaan tetamu jemputan
Ucapan perasmian
Penyampaian Watikah Perlantikan kepada Pengawas sekolah
Penyampaian Watikah Perlantikan 
Barisan Lembaga Pengawas SMK Bandar Tenggara
Barisan Pengawas Pusat Sumber

Barisan Ahli Lembaga Koperasi (ALK)
Barisan Majlis Ketua, Penolong, Bendahari (KENARI)
Barisan Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti (MPP)
Barisan Englis Rangers- Student Leader Board (SLB)
Barisan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

SAMBUTAN MAULID RASULALLAH SAW SMK BANDAR TENGGARA 1439H / 2018M

Sambutan Maulidur Rasulallah Muhammad SAW peringkat SMK Bandar Tenggara telah diadakan pada 14 Februari 2018 di Dewan Permata SMK Bandar Tenggara. Sambutan degan tema Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara telah dimeriahkan dengan ceramah perdana oleh Yang Berbahagia Ustaz  Yusof Bin Haji Saberah dari Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam & Ketua Unit Penguatkuasaan Pejabat Kadi Daerah Kota Tinggi. Semua murid PPKI SMK Bandar Tenggara turut terlibat dalam majlis tersebut.

Berselawat atas Junjungan Nabi Muhammad SAW
Pn. Pengetua dan Jemputan yang turut berselawat
Bacaan ayat suci al-Quran
Suasana dalam Dewan Permata
Sebahagian jemaah lelaki yang turut serta
Ceramah yang disampaikan oleh tetamu jemputan
Bacaan doa memulakan majlis
Sebahagian jemaah perempuan
Antara tetamu jemputan yang hadir
Suasana dalam Dewan Permata
Barisan peserta yang menjayakan majlis

KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA SMK BANDAR TENGGARA 2018

Kejohanan Sukan Olahraga SMK Bandar Tenggara kali ke 26 tahun 2018 telah dijayakan pada 11 Februari 2018 yang lalu di Stadium Tenggara. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh En. Ahmad B. Saian, YDP PIBG SMK Bandar Tenggara. Murid-murid PPKI turut terlibat dalam kejohanan ini menerusi acara 100m lelaki dan perempuan Pendidikan Khas serta acara 4x100m. Kejayaan yang ini turut menyumbang pungutan pingat rumah sukan masing-masing. Tahniah diucapkan kepada rumah Kasturi yang telah menjadi Johan Keseluruhan bagi edisi kali ini.

Acara 4x100m PK

Acara 100m Perempuan PK

Acara 100m Lelaki PK