Friday 24 October 2014

SMK BANDAR TENGGARA PENERIMA ANUGERAH PPKI CEMERLANG KOKURIKULUM (BP) MENENGAH KEBANGSAAN 2013

SMK Bandar Tenggara telah dipilih sebagai penerima Anugerah PPKI Cemerlang Kokurikulum (BP) Menengah peringkat Kebangsaan bagi tahun 2013. Majlis penyampaian anugerah telah dijalankan di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 21 Oktober 2014. Dalam majlis tersebut juga seorang bekas murid PPKI SMK Bandar Tenggara, Abdul Latif B. Abdul Jalil telah dipilih sebagai penerima Anugerah Cemerlang Berpasukan (Bowling) bagi tahun 2013. Pn. Sahira Haryati Bt Sairi telah menerima anugerah tersebut bagi pihak sekolah.








Monday 13 October 2014

PENCALONAN ANUGERAH TOKOH MURID PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAIJAYA 2014

SMK BANDAR TENGGARA selaku AJK ANUGERAH TOKOH MURID mempelawa calon-calon yang berkelayakan diberi penganugerahan seperti berikut:

1. TOKOH MURID PENDIDIKAN KHAS SENIOR (LELAKI)
2. TOKOH MURID PENDIDIKAN KHAS SENIOR (PEREMPUAN)
- Terbuka kepada semua murid PPKI berusia antara 15 - 19 tahun, Daerah Kulaijaya
(Calon yang tidak bergraduasi juga boleh memohon)

3. TOKOH MURID PENDIDIKAN KHAS JUNIOR (LELAKI)
4. TOKOH MURID PENDIDIKAN KHAS JUNIOR (PEREMPUAN)
- Terbuka kepada semua murid PPKI berusia antara 8 - 14 tahun, Daerah Kulaijaya
(Calon yang tidak bergraduasi juga boleh memohon)


Sila Sediakan folio penyertaan murid yang mengandungi maklumat berikut:

1. Biodata Calon

2. Perkembangan akademik / Pencapaian akademik

3. Penglibatan dan pencapaian dalam Program Pendidikan Khas / Aliran Perdana

4. Lampiran Sijil / Surat Panggilan yang disahkan.

(Format Folio adalah mengikut kreativiti sendiri)


Folio yang telah lengkap dicetak perlu diserahkan SEBELUM atau PADA 30 OKTOBER 2014
kepada:

JAWATANKUASA ANUGERAH TOKOH MURID 2014
MAJLIS GRADUASI PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAIJAYA,
SMK BANDAR TENGGARA,
JALAN TUN ABDUL JALIL,
81440 BANDAR TENGGARA, JOHOR

- Keputusan Hakim adalah muktamad
- Untuk Keterangan lanjut sila hubungi En.Mohd Hassry b. Mustakim - 0197737762

PERKHEMAHAN MOTIVASI PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2014

Pada 8 & 9 Oktober 2014 yang lalu, PPKI SMK Bandar Tenggara telah menjalankan Program Perkhemahan Motivasi Pendidikan Khas bagi semua murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara. Program yang dijalankan di Tasik Sembrong - Seat Zone, Kluang dikendalikan dengan kerjasama fasilitator pusat berkenaan yang diketuai oleh Pn. Shida. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti merentas halangan, menjelajah hutan, Menyeberang tasik, Malam persembahan, Memanah dan Paintball. Semua aktiviti ini tertujuan membina keyakinan dan menyerlahkan potensi diri. Majlis penutup disempurnakan oleh En. Hamzah B. Hamdan, GPK Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara.













Monday 6 October 2014

AGOONOREE MALAYSIA KALI KE 4, 2014

Seorang guru SMK Bandar Tenggara iaitu En. Mohd Hassry B. Mustakim bersama-sama dua orang murid PPKI SMK Bandar Tenggara, Muhd Izzat Haiqal B. Muhd Zaidi dan Khairul Hazizi B. Ahmad telah dipilih mewakili negeri Johor dalam Agoonoree Malaysia Kali ke 4 yang diadakan pada 28 September - 2 Oktober 2014 yang lalu di Teluk Gorek, Mersing.
Dalam Agoonoree tersebut, pelbagai aktiviti telah disediakan untuk disertai oleh para peserta dari seluruh negara. Secara keseluruhannya, Kontinjen Terbaik dianugerahkan kepada Kontinjen Pahang. Kedua: Kontinjen Sabah, Ketiga : Kontinjen Johor. Tahniah diucapkan.