Wednesday 22 July 2015

PROGRAM KEUSAHAWANAN RAMADAN PPKI SMK BANDAR TENGGARA 2015

Pelbagai Program Keusahawanan Ramadan telah dijalankan di bawah matapelajaran Kemahiran Hidup. Antaranya ialah:

1. Pembuatan Masakan Berbuka
2. Pembuatan Biskut Tat Nanas
3. Pembuatan Biskut Suji Oat
4. Masakan Kuah Spegeti
5. Jualan Hasil Pertanian.

Hasil jualan turut digunakan untuk menampung perjalanan Program PPKI SMK Bandar Tenggara bagi tahun 2015




















Monday 13 July 2015

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & GEMA AIDILFITRI SMK BANDAR TENGGARA 2015

Majlis Khatam al-Quran dan Gema Aidilfitri SMK Bandar Tenggara telah diadakan pada 9 Julai 2015 di Dewan Permata SMK Bandar Tenggara. Majlis disempurnakan oleh Pn. Zaharah Bt Mohd Jani, Pengetua SMK Bandar Tenggara. Dalam majlis tersebut juga, murid-murid Permata Hati turut menerima sumbangan hari raya.











MAJLIS BERBUKA PUASA PPKI SMK BANDAR TENGGARA 2015

Majlis Berbuka Puasa PPKI SMK Bandar Tenggara telah diadakan pada 2 Jun 2015 yang lalu di Restoran Lily Thai, Indahpura Kulai. Majlis Diketuai oleh Pn. Hjh Khairani Hamdan selaku Pemangku GPK Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara. Dalam majlis tersebut, semua murid PPKI SMK Bandar Tenggara turut dijemput. Makanan pada majlis tersebut ditaja sepenuhnya.