Thursday 28 March 2013

UJIAN KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS 1/2013

Unit Peperiksaan Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Ujian Kurikulum Pendidikan Khas 1/2013 pada 18 hingga 20 Mac 2013 yang lalu. Ujian yang dijalankan selama 1 jam bagi setiap subjek itu telah berjaya dilakukan dengan koordinasi yang baik antara semua guru dan PPM Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara melalui penyelarasnya En. Mohd Hassry B. Mustakim. Dalam ujian tersebut, setiap murid diberikan suasana yang sama seperti peperiksaan yang lain. Markah yang diperoleh dalam ujian tersebut akan diproses bagi mendapatkan maklumat sebenar kemajuan akademik setiap murid berkeperluan khas di Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara.











Wednesday 13 March 2013

JOHAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS KULAIJAYA 2013

Pasukan futsal Junior SMK Bandar Tenggara telah berjaya meraih johan manakala pasukan senior telah berjaya meraih naib johan dalam Kejohanan Futsal Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya 2013. Pasukan futsal Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah dikendalikan oleh En. Khairul Aime B. Mohd Termizi selaku Jurulatih. Kejohanan yang telah berlangsung pada 12 Mac 2013 itu telah diadakan di padang futsal SMK Sultan Alauddin. Pemain junior SMK Bandar Tenggara iaitu Muhd Izzat Haiqal B. Mohd Zaidi turut dipilih sebagai Pemain Junior Terbaik Kejohanan. Dua kategori telah dipertandingkan iaitu kategori Junior dan Senior yang disertai oleh 16 sekolah yang mempunyai program pendidikan khas seluruh daerah Kulaijaya. Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

Kategori Junior:
1. SMK Bandar Tenggara
2. SK Senai
3. SK Indahpura 1

Pemain Terbaik (Junior) : Muhd Izzat Haiqal B. Mohd Zaidi (SMK Bandar Tenggara)

Kategori Senior:
1. SMPKV Indahpura
2. SMK Bandar Tenggara
3. SMK Kelapa Sawit

Pemain terbaik (Senior) : Ariffin B. Mustamin (SMPKV Indahpura)








Sunday 10 March 2013

LAWATAN KE KUCHING, SARAWAK

Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Kuching, Sarawak pada 5, 6 dan 7 Mac 2013 yang lalu. Lawatan tersebut telah diketuai oleh Pn. Khairani Bt Hamdan disertai oleh 31 orang murid dan 12 orang guru dan PPM. Rombongan telah berlepas dari Lapangan Terbang Senai pada jam 8.00 pagi dan tiba ke Lapangan Terbang Kuching pada jam 9.30. Seterusnya rombongan telah melawat tempat-tempat berikut selama 3 hari 2 malam:

1. Kilang Pasu Batu 4
2. Muzium Sarawak
3. Sarawak River Cruise
4. SMK Demak Baru
5. Muzium Kucing
6. Kampung Budaya Sarawak
7. Taman Orkid
8. Stampark Place Waterpark
9. Semenggoh Wildlife Centre

Sepanjang lawatan tersebut juga rombongan telah merasai pengalaman:
1. Menaiki kapal terbang
2. Menaiki bot tambang Sungai Sarawak
3. Membeli belah
4. Menikmati mi kolok dan laksa Sarawak
5. Membeli ikan terubuk masin
6. Memberi kek lapis Sarawak

Semoga lawatan yang telah dijalankan ini, memberi manfaat kepada anak-anak permata semua.












Friday 8 March 2013

KUNJUNGAN KE PPKI SMK DEMAK BARU, SARAWAK

Pada 6 Mac 2013 yang lalu, Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah melakukan lawatan sambil belajar ke Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Demak Baru, Kuching. Tujuan lawatan ini adalah untuk menimba ilmu dan pengalaman yang dimiliki oleh Pendidikan Khas SMK Demak Baru selain berkongsi pengetahuan berkenaan pendidikan khas dan transisi. Lawatan yang diketuai oleh Pn. Khairani Hamdan selaku Penyelaras disertai oleh 28 orang murid Permata Hati dan 12 orang guru serta PPM. Dalam lawatan tersebut, rombongan telah didedahkan dengan sistem pengurusan dan rahsia kejayaan sekolah tersebut. Rombongan juga telah dibawa melawat sekitar kelas pendidikan khas yang telah berjaya menggondol beberapa anugerah di peringkat negeri dan kebangsaan itu. Sesungguhnya lawatan ini telah memberikan banyak input yang boleh diamplikasikan di sekolah kami. Terima kasih. Sudikan datang ke sekolah kami pula.








Saturday 2 March 2013

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PENGAKAP 3.1 & 3.2 NEGERI JOHOR

Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Johor telah mengadakan Kursus Kepimpinan Manikayu Pengakap 3.1 & 3.2 untuk guru-guru Pendidikan Khas seluruh negeri Johor dengan kerjasama Pergerakan Pengakap Malaysia Negeri Johor pada 24- 28 Februari 2013 yang lalu di Hutan Lagenda, Taman Negera Johor Gunung Ledang. Seramai 68 orang guru Pendidikan Khas telah menyertai kursus berkenaan yang bertujuan meningkatkan ilmu dan pengalaman memimpin di kalangan guru-guru yang juga merupakan Pemimpin Pergerakan Pengakap di sekolah masing-masing. Pelbagai kursus dan aktiviti telah diberikan bagi memberi gambaran sebenar bagaimana menguruskan pergerakan Pengakap Pendidikan Khas di sekolah masing-masing seperti istiadat, pengembaraan dan pembuatan gajet. Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah diwakili oleh En. Mohd Hassry B. Mustakim