Tuesday 27 October 2015

BENGKEL PERSEDIAAN KERJAYA 2015

SMPKV Indahpura melalui Unit Bimbingan & Kaunseling telah menganjurkan Bengkel Persediaan Kerjaya Sempena Minggu Kerjaya, Kemahiran dan Keusahawanan di SMPKV Indahpura pada 26 - 27 Oktober 2015 yang meliputi ceramah persediaan pekerjaan, temuduga, motivasi dan bengkel penyediaan resume. Seramai 4 org murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah menyertai bengkel tersebut iaitu :
1. Mohd Daud B. Sazali (Penyedia resume kedua terbaik)
2. Muhamad Fairuz B. Mohd Pawzi
3. Qamarul Abidin B. Abd Rahim
4. Nor Atikah Bt Samat (Penyedia resume keempat terbaik)

Tahniah diucapkan. Semoga beroleh manafaat.
















Friday 23 October 2015

MAJLIS GRADUASI PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAI 2015

Pejabat Pendidikan Daerah Kulai telah menganjurkan Majlis Graduasi Pendidikan Khas Daerah Kulai 2015 di Dewan Raya Kulai pada 22 Oktober 2015 lalu. Majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Yahya B. Ali, Penolong Pengarah Pendidikan Khas JPN Johor. Dalam majlis tersebut, 6 orang murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah bergraduasi manakala 2 orang murid telah dipilih sebagai Tokoh Murid Pendidikan Khas Daerah Kulai iaitu Khairul Hazizi b. Ahmad bagi kategori Senior manakala Muhamad Muhaimin Eaiman B. Saharudin bagi kategori Junior. Kedua-dua murid tersebut dipilih berdasarkan kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Tahniah diucapkan.












 








KURSUS DEKORASI KEK 2015

PPKI SMK Bandar Tenggara dengan kerjasama Kolej Komuniti Bandar Tenggara telah menganjurkan Kursus Dekorasi Kek bertempat di KK Bandar Tenggara pada 19 - 20 Oktober 2015 yang lalu. Pelbagai teknik telah diperkenalkan kepada semua peserta bagi menghasilkan hiasan kek yang cantik dan menarik. Semoga semua peserta terutama anak-anak Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara mendapat manafaat daripada kursus ini.





















Saturday 17 October 2015

PROGRAM TERAPI BERKUDA SMK BANDAR TENGGARA 2015

Program Terapi Berkuda Pendidikan Khas 2015 telah diadakan pada 13 Oktober 2015 yang lalu di Ulu Tiram Equestrian Park. Program ini bertujuan membina keyakinan diri murid PPKI terhadap haiwan terutamanya kuda. Ia meliputi 3 aktiviti iaitu:
1. Horse Funride
2. Horse Feeding
3. Horse Grooming.
Semoga semua murid PPKI SMK Bandar Tenggara mendapat manafaat daripada program yang dianjurkan.