Monday 31 December 2018

MESYUARAT PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS 2019

Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Khas 2019 telah diadakan pada 27 Disember 2018 di kelas Permata Hati. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn. Hjh Khairani Hamdan, GPK Pendidikan Khas dihadiri oleh semua guru dan PPM. Mulai 2019 juga, PPKI SMK Bandar Tenggara akan menerima 2 guru baharu iaitu Pn NoorKiah Ahmad dan En. Mohd Radzuan Mohtar. Semoga perancangan 2019 akan berjalan lancar demi kemenjadian murid. 

Barisan guru dan PPM SMK Bandar Tenggara

Dipengerusikan oleh Pn. Hjh Khairani Hamdan



PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 SMK BANDAR TENGGARA 2019

Program Pendaftaran Murid Baharu PPKI SMK Bandar Tenggara telah dijalankan pada 30 Disember 2018 di Dewan Permata pada jam 8.30 pagi. Seramai 4 orang murid Tingkatan 1 PPKI SMK Bandar Tenggara telah mendaftar. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdullah Bin Zainal, Taklimat dan perasmian oleh Tuan Pengetua, Pn. Noraini Binti Mohd Nor dan pendaftaran murid mengikut giliran yang diberikan. Turut dijalankan ialah pendaftaran fingertac untuk program E-Bitians dan pembelian barangan persekolahan di koperasi sekolah. Program berakhir kira-kira jam 11.00 pagi

Suasana di dalam Dewan Permata

Sebahagian ibu bapa dan pelajar yang hadir

Pembelian barangan di koperasi

Sebahagian AJK program

Ucapan Pengetua, Pn. Noraini Bt Mohd Nor

Pendaftaran fingertac untuk program E-Bitians

Pendaftaran murid baharu PPKI

Pendaftaran murid baharu PPKI

Suasana di Dewan Permata

Pendaftaran kehadiran ibubapa dan pelajar