Sunday 21 February 2016

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG SMK BANDAR TENGGARA KALI KE 24, 2016

Kejohanan Balapan & Padang SMK Bandar Tenggara kali ke 24, 2016 telah diadakan di Stadium Tenggara pada 18 Februari 2016 yang lalu dan dirasmikan oleh En. Fakharur Razziy B. Hazran, Penolong Pengurus Lembaga Bandaran Johor Tenggara, Cawangan Bandar Tenggara. Sebanyak 4 rumah sukan terlibat dalam merebut kejuaraan iaitu rumah sukan Jebat, Kasturi, Lekir dan Tuah. Murid-murid Pendidikan Khas turut terlibat dalam kejohanan tersebut bagi membantu rumah sukan masing. Edisi ke 24 ini menyaksikan Rumah Sukan Lekir mengungguli kejohanan dengan 22 emas, 18 perak dan 9 gangsa.



Upacara menaikkan bendera kejohanan
Bacaan ikrar kejohanan oleh Noor Azmi B. Abdullah
Kontinjen Jebat
Kontinjen Kasturi
Kontinjen Lekir
Kontinjen Tuah
Acara 100m Perempuan PK
Acara 100 Lelaki PK
Acara Lontar Peluru Perempuan PK
Acara Lontar Peluru Lelaki PK
Acara Rejam Lembing Perempuan PK
Acara Rejam Lembing Lelaki PK
Penyampaian hadiah Rejam Lembing Lelaki PK
Penyampaian hadiah Rejam Lembing Perempuan PK
Penyampaian hadiah 400m Lelaki PK
Penyampaian hadiah 400m Perempuan PK
Penyampaian hadiah Lontar Peluru Lelaki PK
Penyampaian hadiah Lontar Peluru Perempuan PK
Penyampaian hadiah 100m Perempuan PK
Penyampaian hadiah 100m Lelaki PK
Penyampaian trofi kejuaraan kepada Lekir



Sunday 7 February 2016

KEJOHANAN SUKANTARA SMK BANDAR TENGGARA 2016

Pada 2 & 3 Fabruari 2016 yang lalu, Unit Sukan SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Kejohanan Sukantara 2016 bertempat di Padang SMK Bandar Tenggara dan Stadium Tenggara. Penyertaan adalah wajib kepada semua murid termasuk murid Pendidikan Khas mengikut rumah sukan masing-masing. Sebanyak 4 acara yang disertai iaitu 100m, 400m, Lontar Peluru dan Lompat Jauh. Dalam kejohanan tersebut Rumah Tuah (Biru) telah menjadi johan keseluruhan dengan 477 mata. Murid-murid Pendidikan Khas turut menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing. Tahniah.


Atikah membuat lompatan
Danial membuat lontaran
Safwan membuat lompatan
Zarul Imran membuat lontaran
Aiman membuat lompatan
Ameer membuat lontaran
Asyikin membuat lompatan
Parid membuat lontaran
Peserta lelaki rumah Tuah di garisan permulaan 100m
Peserta perempuan di garisan permulaan 100m

Peserta rumah Kasturi bagi sukantara acara 400m


Friday 5 February 2016

SAMBUTAN MAULIDURASUL SMK BANDAR TENGGARA 2016

Unit Dakwah SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidurasul Muhammad SAW 2016 pada 27 Januari 2016 yang lalu di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara. Majlis diserikan dengan bacaan berzanji dan selawat oleh murid-murid dan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Rashidi B. Khairudin dari SMK Kota Kulai.


Bacaan ayat suci al Quran oleh murid-murid
Selawat atas junjungan Nabi Muhammad SAW
Sebahagian murid mendengar ceramah Maulidurrasul
Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Rashidi Khairudin
Murid Pendidikan Khas turut mendengar ceramah yang disampaikan
Sambutan Maulidurrasul SAW
Suasana di Dewan Permata
Majlis penyampaian cenderamata kepada penceramah