Monday 17 February 2014

MESYUARAT AGUNG PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS 2014

Mesyuarat Agung Pengakap Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah dijalankan pada 22 Januari 2014 yang lalu di Kelas Permata Hati. Majlis ini bertujuan melantik ahli jawatan kuasa baharu bagi membantu para guru menggerakkan aktiviti Pengakap Pendidikan Khas.







HARI DISKUSI PENDIDIKAN KHAS 2014

Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Hari Diskusi Pendidikan Khas 2014 yang bertujuan mengadakan Mesyuarat Majlis Permuafakatan Pendidikan Khas SMKBT dan Majlis Diskusi / Menandatangani RPI Murid Pendidikan Khas 2014. Majlis yang telah berlangsung pada 25 Januari 2014 tersebut telah bermula pada jam 9.00 pagi di Bilik Seminar SMKBT. Majlis tersebut telah berjalan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari ibu bapa dan penjaga murid-murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara