Friday 11 November 2011

MAJLIS GRADUASI PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAIJAYA 2011



Majlis Graduasi Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya 2011 telah berjaya dilaksanakan pada 9 November 2011 yang lalu. Seramai enam orang murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah menamatkan persekolahan mereka dan menerima sijil dalam majlis tersebut. Mereka ialah:
1. Ahmad Hasbullah B. Awang Besar
2. Mohd Hazwan B. Charmin
3. Mohd Amirul B. Punijan
4. Veevhen Raj A/P Silvam
5. Syarifuddin B. Ismail
6. Hisyamuddin B. Ismail

Dalam Majlis tersebut juga dua orang murid telah terpilih sebagai Tokoh Murid Pendidikan Khas iaitu Baherathe A/P Raja yang menerima Tokoh Murid Kategori Perempuan Junior manakala Khairul Faris B. Abd Jalil yang menerima Tokoh Murid Kategori Lelaki Senior. Kedua-dua murid tersebut dipilih berdasarkan kecemerlangan yang ditunjukkan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Sempena majlis tersebut juga, kumpulan Dikir Barat Permata Hati, SMK Bandar Tenggara telah membuat persembahan sebagai penutup majlis.






MURID PERMATA HATI LANJUT PELAJARAN KE FEMAC

Dua orang murid permata hati SMK Bandar Tenggara iaitu Abd Aziz B. Mohd Haithir dan Shima Amera Adora Bt M. Nor telah terpilih untuk melanjutkan di Institutute Hospitality And Tourism (FeMAC) di Pandan City, Johor Bahru dalam bidang housekeeping dan bakeri. Program selama setahun ini adalah inisiatif guru-guru Pendidikan Khas bagi memajukan diri murid-murid khususnya murid Pendidikan Khas.
Penubuhan Konsortium FeMAC di Pandan City, Johor Bahru adalah dengan kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar (Irda), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Legoland. Sebanyak 5 jenis kursus ditawarkan di sini, termasuklah penyediaan makanan (chefs) tahap 1&2, penyediaan bakeri atau pasteri (bakery/ pastery chefs) tahap 1&2, pramusaji (waiters & captain) tahap 1&2, penyambut tetamu (front office) tahap 2&3 dan pengemasan bilik (housekeeping) tahap 1&2. Kemudahan yang disediakan di sini merangkumi bilik kuliah yang moden lengkap dengan projektor dan TV LCD bagi suasana pembelajaran yang selesa, asrama yang selesa dilengkapi dengan penghawa dingin, kemudahan riadah seperti gelanggang futsal dan badminton juga disediakan.



JAMUAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2011

Pada 1 November 2011 yang lalu, Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun Permata Hati 2011 yang berlangsung di Hotel Selesa Johor Bahru. Sebelum bermula acara tersebut,, satu lawatan ke Kota Iskandar telah dijalankan bertujuan memperkenalkan bandar tersebut kepada murid-murid Pendidikan Khas Smk Bandar Tenggara. Pada majlis tersebut, keputusan peperiksaan akhir tahun telah diumumkan dan murid yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum telah diberi pengiktirafan. Berikut disenaraikan nama-nama penerima anugerah dalam majlis tersebut.

Anugerah Kecemerlangan Akademik (Pertama) - Nurul Farahin Bt. Mohd Khairi
Anugerah Kecemerlangan Akademik (Kedua) - Muhamad Fithri B. Safie
Anugerah Kecemerlangan Akademik (Ketiga) - Muhamad Fikhri B. Safie

Anugerah Matapelajaran Terbaik (Bahasa Melayu) - Muhamad Alif B. Abdullah
Anugerah Matapelajaran Terbaik (Bahasa Inggeris) - Baherathe A/P Raja
Anugerah Matapelajaran Terbaik (Pendidikan Islam) - Nurul Farahin Bt. Mohd Khairi

Anugerah Matapelajaran Terbaik (Pendidikan Moral) - Baherathe A/P Raja
Anugerah Matapelajaran Terbaik (Sains) - Muhamad Fairuz B. Harun
Anugerah Matapelajaran Terbaik (Matematik) - Muhamad Alif B. Abdullah
Anugerah Matapelajaran Terbaik (Kemahiran Hidup) - Shima Ammera Adora Bt M. Nor
Anugerah Matapelajaran Terbaik (Pendidikan Seni) - Mohamad Nur B. Zakaria

Anugerah Kokurikulum Terbaik - Khairul Faris B. Abd Jalil
Anugerah Sahsiah Terbaik - Norazila Bt Nordin
Anugerah Kedatangan Terbaik - Abd Aziz B. Mohd Haithir
Anugerah Transisi (Perkebunan) Terbaik - Mohamad Samsuri B. Mohamadiah
Anugerah Transisi (Masakan) Terbaik - Mohamad Fithri B. Safie

Program tersebut juga telah diserikan dengan persembahan karaoke daripada murid-murid dan guru-guru Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara.