Wednesday 3 December 2014

TAKLIMAT PENGURUSAN KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014

Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kulaijaya telah mengadakan Taklimat Pengurusan Kurikulum Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor pada 2 Disember 2014 di Dewan Seminar, PPD Kulaijaya. Taklimat yang diberikan adalah berkenaan E-RPI, RPH dan RPT telah disampaikan oleh En. Yahaya B. Ali, Penolong Pengarah Pendidikan Khas JPN Johor. Taklimat PPPM pula disampaikan oleh En. Nasir B. Ali dari Lembaga Peperiksaan Malaysia manakala taklimat Elaun Murid Khas (EMK) disampaikan oleh En. Azizan B. Jantan, Penyelia Kanan Pendidikan Khas, JPN Johor. Semoga taklimat ini akan memacu kecemerlangan Pendidikan Khas Kulaijaya 2015.








SUMBANGAN SET KOMPUTER OLEH BANK ISLAM MALAYSIA

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Bank Islam Malaysia Berhad atas sumbangan 2 set komputer bagi kegunaan pengurusan Program Pendidikan Khas Intergrasi SMK Bandar Tenggara. Sumbangan komputer tersebut telah disampaikan oleh En. Mohd Zamri B. Zaedan, Pengurus Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Kota Tinggi, Johor dan diterima oleh Pn. Zaharah Bt Mohd Jani, Pengetua SMK Bandar Tenggara.








Friday 21 November 2014

KURSUS ASAS JAHITAN 2014

Seramai 13 orang murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah mengikuti Kursus Asas Jahitan yang dianjurkan dengan kerjasama Kolej Komuniti Bandar Tenggara. Kursus dijalankan oleh Pn. Jamilah Torau dari Kemas, Bandar Tenggara.










KURSUS MASAKAN KUIH TRADISIONAL KUIH TALAM 2014

PPKI SMK Bandar Tenggara telah menjalani Kursus Masakan Tradisional Kuih Talam dengan kerjasama Kolej Komuniti Bandar Tenggara. Seramai 20 orang murid PPKI terpilih serta 6 guru dan PPM telah mengikuti kursus yang dikendalikan oleh Pn. Chunie dari Bandar Putra, Kulaijaya. Semua semua peserta beroleh manafaat daripada kursus ini.














LAWATAN KE ZOO JOHOR

Bersempena dengan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Jamuan Akhir tahun PPKI SMK Bandar Tenggara 2014 pada 12 November 2014 lalu, satu lawatan ke Zoo Johor telah dijalankan bagi menyemai sikap kasihkan binatang dalam diri murid-murid Pendidikan Khas sebelum majlis bermula. Semua murid kelihatan gembira dan teruja melihat semua binatang yang dipamerkan.
















Tuesday 18 November 2014

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN & JAMUAN AKHIR TAHUN 2014

PPKI SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan & Jamuan Akhir Tahun 2014 pada 12 November 2014 yang lalu di The Puteri Pasific Hotel, Johor Bahru. Majlis yang disempurnakan oleh En. Halim Perdanakesuma B. Maarof, Penolong PPD Pendidikan Khas, PPD Kulai dan En. Hamzah B. Hamdan, GPK Pendidikan Khas itu dilakukan bagi mengiktiraf kecemerlangan murid dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.