Monday 29 July 2019

KULAI SPECIAL SCOUT BADGES CAMP 2019

Perkhemahan Lencana Pengakap Istimewa Kulai 2019 telah berjaya dijalankan pada 24-25 Julai 2019 di Outward Bound Camp UTM Skudai. Seramai 143 peserta, guru pengiring, PPM dan petugas telah menjayakan perkhemahan tersebut. Seramai 4 orang murid PPKI SMK Bandar Tenggara turut serta dalam perkhemahan tersebut iaitu
1. Muhammad Haziq B. Hairul
2. Parid B. Zaidi
3. Muhammad Nazri B. Deris
4. Muhammad Hazmi B. Zainal
Tahniah diucapkan.

Bergambar kenangan bersama semua peserta
Kontinjen Pengakap PPKI SMK Bandar Tenggara

Asas kawad kaki

Keselamatan jalan raya

Merentas halangan 'Tangga Ayam'

Titian berayun

Tayaran

Istiadat bendera

Halangan kolam

Merentas halangan

Menghidupkan api

Balutan anduh

Mendirikan khemah

Monkey Bar



Sunday 21 July 2019

KEJOHANAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAI 2019

Kejohanan Bowling Pendidikan Khas Daerah Kulai 2019 telah dijalankan pada 18 Julai 2019 di Daiman Bowl Johor Bahru. PPKI SMK Bandar Tenggara telah menghantar 7 peserta dan telah memperoleh kejayaan dalam beberapa kategori. Tahniah diucapkan. 

Kategori Individu Lelaki
Muhammad Aqahffi B. Shamsuddin (Tempat ke 7)
Raja Mohamad Adnan B. Raja Noor Mohamad (Tempat ke 8)
Ahmad Kamri B. Mohd Meli (Tempat ke 11)

Kategori Invidivu Perempuan
Nur Natasha Bt Mohd Aris (Tempat ke 2)
Wan Rabiatul Suhada Bt Azman (Tempat ke 11)
Nuraishah Bt Mohamad Affandi (Tempat ke 12)


Kategori Individu Cerebral Palsy
Nurul Asyikin Bt Ruslan (Tempat ke 5)


Kategori Berpasukan Lelaki : Tempat ke 3

Kategori Berpasukan Perempuan : Tempat ke 2

Bersama pingat kemenangan masing-masing
Pasukan bowling PPKI SMK Bandar Tenggara
Memulakan cabaran
Pasukan lelaki

Di hadapan Daiman Bowl
Pasukan Perempuan
Naib Johan Berpasukan Perempuan
Ketiga Berpasukan Lelaki



Wednesday 17 July 2019

PROGRAM JULAI BULAN MEMBACA 2019

Program Julai Bulan Membaca Peringkat SMK Bandar Tenggara 2019 telah diadakan pada 10 Julai 2019 anjuran Pusat Sumber Sekolah (PSS). Pelbagai aktiviti dirancang bagi memeriahkan program tersebut termasuk untuk pelajar PPKI SMK Bandar Tenggara. Pertandingan mewarna telah diadakan khas bagi pelajar PPKI SMK Bandar Tenggara. Tahniah dan syabas kerana menyertai. 

Helaian yang perlu disiapkan
Kelas PK Baiduri yang ceria

PK Delima yang tekun

PK Nilam yang rajin

PK Intan yang pemalu

PK Mutiara yang gemilang

PK Zamrud yang menghiburkan


KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2019

Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Johor 2019 telah diadakan pada 4 Julai 2019 di Gelanggang Petanque Taman Tampoi Utama, Johor Bahru. Pasukan petanque SMK Bandar Tenggara telah diwakili oleh pelajar-pelajar PPKI SMK Bandar Tenggara bagi kategori lelaki dan perempuan. Walaupun telah berusaha, rezeki tidak menyebelahi mereka dengan sekadar sampai ke peringkat suku akhir sahaja. Tahniah dan cuba lagi.

Barisan peserta SMK Bandar Tenggara
Taklimat kejohanan oleh Arbiter

Bergambar kenangan bersama semua peserta

Pasukan perempuan sedang beraksi

Pasukan lelaki sedang bertarung

Bersama pihak lawan , SMK Tun Fatimah Hashim

Bersama pihak lawan KV Tanjung Puteri


SAMBUTAN HARI LAHIR JANUARI-JUN 2019

Bertempat di ruman Pn. Noorkiah Ahmad, Guru Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah diadakan Majlis Sambutan Hari Lahir bagi bulan Januari - Jun 2019. Semua warga PPKI SMK Bandar Tenggara diraikan dengan jamuan yang enak dan diserikan dengan acara memotong kek.








MESYUARAT AGUNG PGPK DAN JAMUAN MESRA AIDILFITRI GURU PENDIDIKAN KHAS KULAI 2019

Pada 2 Julai 2019 yang lalu telah diadakan Mesyuarat Agung PGPK kali ke 3 dan Jamuan Mesra Aidilfitri Guru Pendidikan Khas Daerah Kulai 2019 di Hotel Creator Kulai. Majlis dimulakan dengan mesyuarat agung PGPK yang dikelolakan oleh Pengerusi PGPK Cawangan Kulai, Pn. Norlaili Ishak. Seterusnya diraikan guru-guru Pendidikan Khas Kulai dalam majlis Jamuan Mesra Aidil Fitri 2019. Masjis diserikan dengan kehadiran Cik Nurbiha Bt Buang, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Cabutan bertuah turut diadakan bagi memeriahkan majlis dan Pn. Siti Khalijah Rahim telah bertuah memenangi hadiah kedua berupa sebuah kipas berdiri. Guru-guru PPKI SMK Bandar Tenggara yang hadir turut bertuah. Tahniah.

Bergambar kenangan bersama tetamu yang hadir
Mesyuarat Agung PGPK yang dipengerusikan oleh Pn. Norlaili Ishak

Jamuan Mesra Aidilfitri

Antara tetamu VIP yang hadir

Persembahan murid PPKI SMK Kulai Besar

Guru-guru PPKI SMK Bandar Tenggara yang bertuah


Monday 1 July 2019

PROGRAM 'KLIK DENGAN BIJAK' BERSAMA PUSAT INTERNET MALAYSIA BANDAR TENGGARA

PPKI SMK Bandar Tenggara dengan kerjasama Pusat Internet Malaysia (PIM) Bandar Tenggara telah menganjurkan Program 'Klik Dengan Bijak" (KDB) bersama murid berkeperluan khas pada 27 Jun 2019 lalu di Bilik Gerakan SMK Bandar Tenggara. Program ini bertujuan memberi maklumat dan pendedahan kepada pelajar-pelajar cara menggunakan internet dengan bijak. Tahniah kepada semua pelajar yang turut serta dalam program tersebut.

Suasana semasa program
Penyampaian hadiah kepada peserta kuiz
Penyampaian hadiah kepada peserta kuiz
Ceramah yang disampaikan oleh Dr 
Khusyuk mendengar ceramah
Dikendalikan oleh Muhamad Haziq Hairul
Pelajar perempuan mengaminkan doa