Wednesday 26 June 2019

PERTANDINGAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAI 2019

Pertandingan futsal Pendidikan Khas Daerah Kulai 2019 telah diadakan pada 25 Jun 2019 di SMK Sultan Alauddin. Pasukan futsal SMK Bandar Tenggara telah menjadi naib Johan pagi edisi kali ini. Majlis penutup disempurnakan oleh En. Halim Perdanakesuma Maarof, Penolong PPD Pend Khas dan Pemulihan PPD Kulai. Tahniah diucapkan.

Naib Johan Pertandingan Petanque Pendidikan Khas Daerah Kulai 2019
Pasukan SMK Bandar Tenggara
Perlawanan dengan SMPKV Indahpura
Bergambar kenangan dengan Tim gabungan SMKKP + SMKSA
Menerima hadiah dari En. Halim Perdanakesuma Maarof
Antara perlawanan yang sedang dijalankan


Monday 24 June 2019

PROGRAM MARHABAN AIDILFITRI 2019

Program Marhaban Aidilfitri SMK Bandar Tenggara kembali lagi bagi tahun 2019. Program yang dijalankan selama 4 hari ini menziarahi 19 rumah pelajar dan guru-guru PPKI SMK Bandar Tenggara. Program ini bertujuan merapatkan hubungan sesama warga PPKI selain melatih murid bermasyarakat melalui program marhaban. Program ini telah dijalankan pada 19,20, 23 dan 24 Jun 2019 meliputi kawasan Bandar Tenggara, Taman Anggerik, Felda Sungai Sibol, Felda Pengeli Timur, Felda Inas dan Kulai.

Bergambar bersama tuan rumah
Bergambar bersama tuan rumah
Bergambar bersama tuan rumah


Bergambar bersama tuan rumah

Bergambar bersama tuan rumah

Bergambar bersama tuan rumah

Antara juadah yang disediakan

Makan bersama meraikan Syawal

Ucapan tuan rumah

Bacaan doa oleh pelajar PPKI

Berselawat beramai-ramai sebagai tanda bersyukur



Tuesday 18 June 2019

PERTANDINGAN PETANQUE PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAI 2019

Pertandingan Petanque Pendidikan Khas Daerah Kulai 2019 telah dijalankan pada 18 Jun 2019 di Gelanggang Petanque SMK Bandar Tenggara. Sebanyak 6 kategori dipertandingkan iaitu Lelaki & Perempuan Sekolah Menengah, Lelaki & Perempuan Sekolah rendah, CP Terbuka dan Down Sindrom Terbuka. Tahniah diucapkan kepada pasukan petanque Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara kerana telah berjaya memenangi beberapa kategori seperti berikut:

Johan Perempuan Sekolah Menengah
- Wan Rabiatul Suhada Bt Wan Azman
- Nurain Osman Onn

Keempat Perempuan Sekolah Menengah
- Nurnatasha Mohd Aris
- Nuraishah Mohamad Afandi

Ketiga Cerebral Palsy Terbuka
- Nurul Asyikin B. Ruslan

Kepada yang tidak berjaya, teruskan mencuba. Tahniah diucapkan.

Pemenang dari SMKBT
SMKBT (A) dan SMKBT (B) sedang beraksi di separuh akhir
Peserta lelaki SMKBT (A)
Bacaan doa semasa Majlis penutup
Perlawanan kategori CP Terbuka
Ketiga kategori CP Terbuka
Johan Perempuan Sekolah Menengah
Keempat Perempuan Sekolah Menengah
Pasukan lelaki SMKBT (B)