Friday 30 December 2016

PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 KSSM PK 2017

Program Pendaftaran Murid Tingkatan 1 SMK Bandar Tenggara telah dijalankan pada 29 Disember 2017 di Dewan Permata pada jam 8.30 pagi. Seramai 6 orang murid Tingkatan 1 PPKI SMK Bandar Tenggara yang akan menggunakan kurikulum KSSM PK turut mendaftar. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Nurul Faishal, Taklimat dan perasmian oleh Tuan Pengetua, Pn. Zaharah Bt Mohd Jani dan pendaftaran murid mengikut giliran yang diberikan. Program berakhir kira-kira jam 11.00 pagi.

Kaunter Pendaftaran Pendidikan Khas SMKBT

Mengambil nombor giliran pendaftaran
Bacaan doa oleh En. Mohd Nurul Faishal
Taklimat oleh Pengetua, Pn. Zaharah Bt Mohd Jani
Proses pendaftaran bermula
Proses pendaftaran murid-murid
Pendaftaran murid PPKI
kaunter pendaftaran yang dibuka
Pendaftaran murid PPKI

Saturday 26 November 2016

PROGRAM JOHOR FUTURE DUN PANTI 2016

Beberapa murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah berpeluang menyertai Program Johor Future peringkat Dun Panti, Parlimen Tenggara 2016 yang telah diadakan pada 26 November 2016 di Dataran Tasik Bandar Tenggara. Program ini bertujuan melahirkan generasi masa depan yang aktif dalam sukan dan aktiviti kecergasan. Antara acara yang dijalankan ialah Acara Jalan Kaki dan Acara Berbasikal. Program diakhiri dengan Cabutan Bertuah yang turut dimenangi oleh Pn. Hjh Khairani Bt Hamdan, GPK Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara (Basikal) dan En. Mohd Hassry B. Mustakim (Kipas angin).

Di hadapan Dataran Tasik Bandar Tenggara

Di hadapan pentas utama
Bacaan doa oleh Tn Hj Ahmad Sapari, Pengerusi Yayasan Bandar Tenggara
Nizam bertugas sebagai marshal Acara Berbasikal
Hadiah Utama cabutan bertuah
Pameran agensi kerajaan



MAJLIS SAMBUATN HARI JADI BULAN 5 - 12, TAHUN 2016

PPKI SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Jadi bagi warga PPKI yang lahir dari bulan Mei hingga Disember 2016. Majlis sambutan telah diadakan pada 23 November 2016 di Kelas Permata Hati. Pelbagai juadah disediakan bagi meraikan sambutan tersebut, Murid-murid turut diajar menyusun atur perabot dan makanan bagi menghasilkan suasana sambutan yang meriah.

Sambutan hari jadi bagi bulan Oktober
Sambutan hari jadi bagi bulan Ogos
Sambutan hari jadi bagi bulan Jun
Susun atur majlis 
Antara juadah menyelerakan yang disediakan
Pizza hasil buat Dapur PPKI
Kek bagi sambutan Mei - Ogos
Antara warga PPKI SMK Bandar Tenggara yang memeriahkan majlis
Kek bagi sambutan bulan September - Disember
Hidangan untuk jamuan




Wednesday 23 November 2016

PROGRAM PASCA PEPERIKSAAN : KHIDMAT MASYARAKAT

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Bandar Tenggara telah menjalankan Program Pasca Peperiksaan pada minggu-minggu akhir persekolahan. Antara program yang dipilih ialah khidmat masyarakat mengecat semula kerusi meja simen-fero di sekitar kawasan Kelas Permata Hati. Sebelum kerja-kerja mengecat dijalankan, kerusi meja tersebut telah dibersihkan dengan alat waterjet. Semoga kerja-kerja khidmat masyarakat ini memberi kebaikan kepada semua murid.

Kerja-kerja mengecat kerusi meja simenfero
Petugas pembersihan
Membersihkan kerusi dengan waterjet
Bekerjasama
Amali program pembersihan



KEMAHIRAN HIDUP MASAKAN : KEK HELLO KITTY

Program Transisi Kemahiran Hidup Masakan sentiasa menampilkan idea-idea baharu dalam aktiviti masakan. Antara aktiviti yang dijayakan dalam kelas masakan tersebut ialah membuat Kek Hello Kitty. Murid-murid kelihatan seronok dan bangga dengan hasil yang diperoleh. Tahniah.

Kek Hello Kitty pelbagai warna

Comel

Sunday 20 November 2016

HARI ANUGERAH CEMERLANG & JAMUAN AKHIR TAHUN PPKI SMK BANDAR TENGGARA 2016

Hari Anugerah Cemerlang & Jamuan Akhir Tahun PPKI SMK Bandar Tenggara telah diadakan pada 15 November 2016 di Orchard Golf Resort, Kulai. Majlis diserikan dengan kehadiran En. Halim Perdanakesuma B. Maarof, Penolong PPD Pendidikan Khas Kulai, Puan Zaharah Bt Mohd Jani, Pengetua SMK Bandar Tenggara dan Pn. Haslina Bt Mohd Bakri, GPK Pentadbiran SMK Bandar Tenggara. Sebelum majlis dimulakan, murid-murid telah diberi peluang bermain golf dan menyertai pertandingan karaoke. Tahniah kepada semua penerima hadiah dan anugerah serta diucapkan selamat berjaya.

Bergambar kenangan di hadapan Orchard Golf Resort
Sesi bermain golf

Mempamerkan bakat yang terpendam

Masing-masing tidak melepaskan peluang

Aktiviti dijalankan secara berkumpulan

Bergambar kenangan bersama tenaga pengajar

Menaiki kereta buggy ke sekeliling Orchard Golf Resort




Acara memotong kek bagi meraikan persaraan Pn. Rahimah Mohamed

Penyerahan cenderamata kepada En. Halim Perdanakesuma B. Maarof, Penolong PPD Pendidikan Khas Kulai

Penyerahan cenderamata kepada Pn. Zaharah Bt Mohd Jani, Pengetua SMKBT

Tempat Pertama, Peperiksaan Akhir Tahun

Johan Pertandingan Permainan Dalaman

Johan Pertandingan Karaoke Guru
Bergambar kenangan selepas majlis