Wednesday 20 April 2016

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2016

Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Negeri Johor telah dianjurkan oleh PPD Muar pada 17 -19 April 2016 lalu di Stadium Sultan Ibrahim, Muar. Kontinjen Kulai dengan kekuatan 33 atlet dan 9 guru pengiring telah berjaya mengutip 2 Emas, 8 Perak dan 15 Gangsa di kedudukan ke 7 keseluruhan. Seorang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara iaitu Muhd Izzat Haiqal B. Mohd Zaidi turut mewakili daerah Kulai dalam acara lompat jauh, 400m dan memperoleh gangsa dalam acara 4x100m. Guru PPKI SMK Bandar Tenggara, En. Mohd Hassry B. Mustakim turut terlibat sebagai Guru Pengiring. Majlis penutup dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Muar, Tn. Hj Ramlee B. A Rahman. Secara keseluruhannya kontinjen Kulai memperoleh 2 Emas, 9 Perak & 15 Gangsa. Tahniah kepada semua atlet dan guru pengiring.

Barisan atlet dan jurulatih daerah Kulai
Muhd Izzat Haiqal (kiri) bersama En. Mohd Hassry
Barisan jurulatih Daerah Kulai

Atlet Kulai membuat regangan
Acara 100m Perempuan BP
Majlis penyampaian hadiah 
Muhd Izzat Haiqal memulakan saingan 400m
Barisan atlet daerah-daerah Johor
Majlis penyampaian hadiah 
Acara lontar peluru Perempuan BP
Acara lompat tinggi Perempuan BD
Pengurus pasukan & penolong-penolong pengurus
Acara lompta jauh Perempuan BP
Acara 4x100m




Saturday 16 April 2016

KEMAHIRAN HIDUP : PROGRAM PERKHIDMATAN MENCUCI KENDERAAN

PPKI SMK Bandar Tenggara turut menjalankan Program Kemahiran Hidup Perkhidmatan Mencuci Kenderaan sebagai salah satu pilihan program kemahiran. Program di bawah kendalian En. Mohd Hassry B. Mustakim menjalankan amali pada setiap hari selasa.

Cucian bahagian dalam kenderaan

Cucian bahagian luaran kenderaan

Kerja-kerja pembersihan dalaman


Pembersihan menggunakan waterjet

TUAIAN HASIL PENTERNAKAN IKAN KELI KALI PERTAMA 2016

Ikan keli peliharaan PPKI SMK Bandar Tenggara sudah boleh dituai. Tuaian hasil penternakan ikan keli kali pertama telah dijalankan pada 4 April 2016 yang lalu. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Guru Pembimbing, En. Mohd Hassry B. Mustakim di talian 019-7737762.

Kerja-kerja timbangan ikan oleh Faris Airman
Kerja-kerja menangkap ikan oleh Amirul Safwan
Kerja-kerja mengasingkan ikan mengikut saiz
Mengasingkan ikan mengikut saiz
Kerja-kerja menyiang dan membersihkan ikan
Menangkap ikan mengikut saiz yang sesuai



Friday 15 April 2016

KEMAHIRAN HIDUP : ASAS MENDOBI

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)SMK Bandar Tenggara telah memulakan satu program baharu iaitu Projek Mendobi. Program yang dikendalikan oleh Pn. Hajah Khairani Hamdan ini bertujuan memberi pendedahan kepada semua murid tentang kemahiran asas mendobi. Semoga terus sukses.

Penerangan penggunaan mesin basuh

Latihan menseterika pakaian






PEMILIHAN DAN LATIHAN PUSAT KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAI 2016

Empat orang murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah terpilih mengikuti Pemilihan dan Latihan Pusat Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Daerah Kulai sebagai persediaan ke peringkat negeri. Pemilihan dan latihan pusat di SMPKV Indahpura dan Stadium Tenggara dijalankan secara berfasa dimulakan pada jam 7.30 pagi - 10.00 pagi (sesi pagi) dan 4.30 petang - 6.30 petang (sesi petang). Murid Permata Hati yang terlibat ialah
1. Muhamad Izzat Haiqal B. Mohd Zaidi
2. Khairul Hazizi B. Ahmad
3. Muhamad Nur Izahm B. Abd Rahim
4. Zahra Nordika Bt Feaizal

Drill yang dilakukan oleh para atlet
Latihan Lompat Tinggi
Para atlet membuat regangan
Latihan di Padang SMPKV Indahpura
Latihan di balapan Stadium Tenggara
Muhd Izzat Haiqal & KHairul Hazizi
Latihan di Foyer Asrama SMPKV Indahpura


Dril oleh atlet perempuan
Penyerahan bendera Kulai dan Pendidikan Khas Kulai kepada Ketua Kontinjen
Barisan atlet dan pengurusan sukan Pendidikan Khas Kulai



Tuesday 12 April 2016

CERAMAH PENDIDIKAN KEMAHIRAN OLEH INSTITUT HOSPITALITY & TOURISM (IHT)

Pada 5 April 2016 lalu, CEO Institut Hospitality & Tourism, Pandan City, Johor Bahru, En. Mazmadi B. Mohamad telah menyampaikan ceramah pendidikan kemahiran kepada murid-murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara. Ceramah tersebut bertujuan memberi kesedaran dan galakan kepada murid berkenaan pendidikan kemahiran. Turut mennyampaikan ucapan ialah Mohamad Rosli B. Ismail yang merupakan bekas murid PPKI SMK Bandar Tenggara yang telah berjaya membuka syarikat pembersihan sendiri, Oliey Cleaning Services Sdn Bhd.

Ceramah oleh En. Mazmadi B. Mohamad, CEO IHT


Ceramah oleh Mohd Rosli Ismail, Pemilik Oliey Cleaning Services Sdn Bhd

KARNIVAL PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT & PEMBELAJARAN ISLAM SEPANJANG HAYAT BERSAMA KOLEJ KOMUNITI BANDAR TENGGARA

Seorang murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah mendapat tempat KEDUA dalam pertandingan Bercerita Kisah Nabi di Karnival Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Bandar Tenggara pada 26 Mac 2016 lalu. Hadiah disampaikan oleh Pengarah Kolej Komuniti Bandar Tenggara, Pn. Faridatuljana Binti Mohd Noor.


Tuesday 5 April 2016

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2016

Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Pendidikan Khas Negeri Johor 2016 telah diadakan di SMK Yong Peng, Batu Pahat pada 28 Mac 2016 lalu. Tahniah diucapkan kepada dua wakil PPKI SMK Bandar Tenggara yang telah mewakili Daerah Kulai kerana telah mencapai kejayaan. Muhamad Aiyzat B. Othman yang menyertai acara Hafazan telah mendapat tempat KEDUA manakala Muhamad Danial B. Nor Remee yang menyertai acara Bercerita Kisah Nabi telah mendapat tempat KETIGA. Hadiah disampaikan oleh Tuan Haji Abd Rahman B. Hamdan, Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Muhamad Aiyzat pemenang tempat KEDUA Hafazan
Muhamad Danial pemenang tempat KETIGA Bercerita Kisah Nabi
Pertandingan Bercerita Kisah Nabi oleh Muhamad Danial B. Nor Remee

Acara Hafazan oleh Muhamad Aiyzat B. Othman

Barisan peserta menunggu giliran