Saturday 21 November 2015

JAMUAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2015

PPKI SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Majlis Jamuan Akhir Tahun Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara 2015 di KSL Resort, Johor Bahru pada 17 November 2015 lalu.  Majlis berkenaan turut meraikan murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum serta menunjukkan kemajuan sahsiah dan sosial. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pn. Hajah Khairani Bt Hamdan, Pemangku GPK Pendidikan Khas, SMK Bandar Tenggara.









Monday 16 November 2015

PERTANDINGAN PERMAINAN DALAMAN ANTARA KELAS

PPKI SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Pertandingan Dalaman antara Kelas 2015 pada 15 November 2015 lalu sebagai Program Pasca Peperiksaan Akhir Tahun. Pertandingan yang melibatkan 6 jenis permainan ini telah disertai oleh semua peserta. Jenis-jenis pertandingan yang dipertandingkan ialah karom, batu seremban, ceper, dam ular, congkak dan domino. Hadiah kemenangan akan disampaikan ketika Majlis Jamuan Akhir Tahun 2015 nanti.








Friday 6 November 2015

LAWATAN PENANDA ARAS KE SMK SULTAN ALAUDDIN

Program Pendidikan Khas Integrasi(PPKI) SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Lawatan Penanda Aras ke SMK Sultan Alauddin pada 4 November 2015 yang bertujuan menimba ilmu dan mencari input berguna bagi menceriakan kelas Permata Hati. Lawatan yang diketuai oleh Pn. Hjh Khairani Bt Hamdan, Pemangku GPK Pendidikan Khas telah disambut oleh En. Azhar B. Mokhtar, Penyelaras PPKI SMK Sultan Alauddin. Semoga Lawatan Penanda Aras ini memberi manafaat kepada kelas Permata Hati SMK Bandar Tenggara.



















PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN SMPKVIP 2015

Dua orang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah dipilih mewakili sekolah dalam Pertandingan Mewarna Sempena Majlis Konvokesyen SMPKVIP 2015 pada 2 November 2015 lalu di SMPKV Indahpura . Mereka ialah
- Muhamad Fitri Aiman B. Muhd Zaidi
- Raja Mohd Adnan B. Raja Noor Mohd.
Walaubagaimana pun, nasib tidak menyebelahi mereka dengan sekadar hadiah saguhati.










Thursday 5 November 2015

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN & UJIAN AMALI KEMAHIRAN HIDUP 2015

PPKI SMK Bandar Tenggara melalui unit kurikulum telah menjalankan Peperiksaan Akhir Tahun & Ujian Amali Kemahiran Hidup untuk semua murid. Peperiksaan Akhir Tahun telah dijalankan pada 26 - 29 Oktober 2015 manakala Ujian Amali Kemahiran Hidup meliputi Amali Masakan, Perkebunan, Penternakan ikan air tawar dan Perkhidmatan Cuci kereta dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.