Monday 17 October 2016

PEMILIHAN KARNIVAL KEMAHIRAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAI 2016

Sesi Pemilihan Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Daerah Kulai telah diadakan di SMK Sultan Alauddin pada 13 Oktober 2016 yang lalu. PPKI SMK Bandar Tenggara telah menghantar 2 penyertaan iaitu Pertandingan Memasak Rendang Ayam Daun Puding menerusi Khairul Hazizi B. Ahmad dan Pertandingan Menghias Kek Perkahwinan menerusi Nor Atikah Bt Samat. Dalam pemilihan tersebut, Nor Atikah telah terpilih mewakili daerah Kulai ke Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Negeri Johor. Tahniah diucapkan.

Hazizi menyertai Pertandingan Memasak "Rendang Ayam Daun Puding"
Sebahagian peserta pertandingan memasak
Atikah menyertai Pertandingan Menghias Kek

Pertandingan memasak sedang dijalankan



Pertandingan menghias kek sedang dijalankan


Atikah menjadi JOHAN Pertanidngan Menghias Kek

PERHIMPUNAN PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAI KALI 1, 2016

SMK Bandar Tenggara telah menghantar penyertaan terbesar dalam Perhimpunan Pengakap Pendidikan Khas Daerah Kulai kali Pertama 2016 dengan 31 orang murid dan 9 orang guru dan PPM yang diadakan pada 12 Oktober 2016 di Dewan Besae, SJKC Kulai 1. Perhimpunan tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Hj Yaakob B. Karim, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor. Sebanyak 20 stesen aktiviti telah disediakan sepanjang perhimpunan tersebut. Dalam majlis perasmian, ahli Pengakap PPKI SMK Bandar Tenggara telah diberi peluang membuat yell sebagai mengalu-alukan kedatangan tetamu yang hadir. Semua murid kelihatan gembira dengan aktiviti yang disediakan. 

Peserta Persembahan 'Yell' Pembukaan
Persembahan "Yell" dari murid-murid PPKI SMK Bandar Tenggara


Barisan VIP 
Tuan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor menerima sambutan "Yell"


Majlis Perasmian di Dewan Besar SJKC Kulai 1

Stesen "Sepak Bulu Ayam"

Stesen "Pulau Beracun"

Stesen "Bersatu"


Stesen " Semaphore"

Stesen "Panjat Tali"

Stesen "Ting-Ting"
Stesen " Asas Kawad"


Stesen "Isyarat Rahsia"

Stesen "Berat Sama Dipikul"

Stesen " Asas Ikatan"
Stesen "Sepak Bulu Ayam"


Stesen "Sumpitan"
Stesen "Hormat Pengakap"


Stesen " Zapin"

Stesen "Undang-Undang Pengakap"

Stesen "Lagu Pengakap"


Stesen "Pertolongan Cemas"

Stesen "Gasing Cina"

Stesen "Pertolongan Cemas"

HARI SUKAN NEGARA : PROGRAM JALAN RIA 2016

Sambutan Hari Sukan Negara peringkat SMK Bandar Tenggara telah diadakan 8 Oktober 2016 dengan acara Jalan Ria 10000 langkah. Murid-murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara turut terlibat dalam acara tersebut. Majlis dimulakan dengan senamrobik para pelajar Pra Universiti dan dilepaskan oleh Puan Pengetua SMK Bandar Tenggara. Majlis penyampaian hadiah diserikan dengan majlis cabutan bertuah kepada murid-murid.



Sebahagian peserta PPKI yang hadir

Acara senamrobik sedang dijalankan

GPK Pendidikan Khas turut serta dalam program
Senamrobik melibatkan semua murid


Pelepasan peserta oleh YDP PIBG dan Pengetua SMKBT

Acara Jalan Ria 10000 langkah

Sebahagian peserta yang menghabiskan acara

Penyampaian hadian kepada pemenang

Penyampaian hadiah kepada pemenang




Sunday 16 October 2016

PERTANDINGAN MASAKAN PENDIDIKAN KHAS 2016 : TEMA SANDWICH

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Pertandingan Masakan Pendidikan Khas 2016 bagi subjek Kemahiran Hidup dengan Tema Sandwich pada 27 September 2016 yang lalu di Bilik Masakan Kemahiran Hidup SMKBT. Program telah dikelolakan oleh guru-guru masakan Pendidikan Khas. Para peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan dan telah dihakimi secara profesional dan hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Pn. Zaharah Bt Mohd Jani, Pengetua SMK Bandar Tenggara. Tahniah kepada semua pemenang.


JOHAN Pertandingan Memasak Sandwich, Kumpulan 6

NAIB JOHAN Pertandingan Memasak, Kumpulan 9
Pemenang Tempat KETIGA, Kumpulan 7
Masakan Johan, Kumpulan 6

Persembahan kumpulan 3

Kumpulan 1

Kumpulan 5

Kumpulan 2

Kumpulan 4

Kumpulan 10

Kumpulan 9

Pertandingan sedang dijalankan

Proses menyediakan hidangan


Proses penjurian