Friday 23 November 2018

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN & JAMUAN AKHIR TAHUN PPKI SMK BANDAR TENGGARA 2018

PPKI SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Hari Anugerah Kecemerlangan & Jamuan Akhir Tahun 2018 di Le Grandeur Resort, Senai pada 19 November 2018. Majlis disempurnakan oleh Pn. Noraini Bt Mohd Nor, Pengetua SMK Bandar Tenggara. Turut hadir En. Halim Perdanakesuma Maarof, Penolong PPD Pendidikan Khas Kulai dan Pn. Haslina Bt Mohd Bakri, GPK Pentadbiran SMK Bandar Tenggara.
Bergambar di hadapan foyer utama Le Grandeur Resort

Bergambar kenangan bersama 

Penerima tokoh murid PPKI 2018

Meja VIP



Jamuan akhir tahun

PROGRAM PENGGUNA BIJAK PPKI SMK BANDAR TENGGARA

Matapelajaran Matematik telah menjalankan Program Pengguna Bijak pada 19 November 2018 di Pasaraya Giant IOI Mall, Kulai. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid untuk berbelanja di pasaraya. Dalam program tersebut, semua murid dibekalkan dengan duit RM10 dan diminta membeli seberapa banyak barang yang berkhasiat atau berguna. Murid dengan jumlah baki paling sedikit dan barang yang berkhasiat dan berguna akan dipilih sebagai pengguna bijak. 

Membayar barangan yang telah dipilih

Memilih barangan yang sesuai

Perbincangan bersama rakan 

Menulis harga barangan dan menjumlahkan

LAWATAN PENANDA ARAS KE PDK BANDAR TENGGARA

PPKI SMK Bandar Tenggara telah membuat lawatan penanda aras ke PDK Bandar Tenggara pada 19 November 2018. Lawatan telah disambut oleh Penyelia PDK Bandar Tenggara, Pn. Masayu. Rombongan dibawa melawat bengkel kraftangan, bengkel jahitan dan bengkel IKS masakan. Semoga kita mendapat kebaikan daripada lawatan ini.

Bergambar kenangan di hadapan PDK Bandar Tenggara
Bersama warga ODK Bandar Tenggara

Bengkel Jahitan

Bengkel Kraftangan
Bengkel IKS Masakan

Bengkel Kraftangan

Persembahan pelatih PDK Bandar Tenggara


Sunday 18 November 2018

PROGRAM MY TOKEN 2018

Program My Token adalah program yang dirancang sebagai menghargai penat lelah murid menjalankan aktiviti amali berdasarkan kurikulum yang ditetapkan. Wang hasil titik peluh mereka dipulangkan dalam bentuk ganjaran wang dan makanan. Pada 15 November 2018 yang lalu, program My Token telah dijalankan di Restoran Mcdonalds dan The Chicken Rice Shop Aeon Kulai. Semua peserta kelihatan gembira denga  ganjaran yang diterima.

Menikmati ganjaran yang diperoleh

Bersama rakan-rakan

Belajar membeli makanan di restoran McDonalds

Kumpulan ketiga

Pengalaman membeli makanan sendiri
Membersihkan meja selepas selesai makan
Belajar membayar tiket tempat letak kereta di Aeon

Monday 12 November 2018

PROGRAM SUMBANGAN UNIFORM SEKOLAH MAIJ DENGAN KERJASAMA PASARAYA BORONG SAKAN 2018

Seramai 8 orang pelajar PPKI SMK Bandar Tenggara telah dipilih sebagai penerima sumbangan uniform sekolah anjuran Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dengan kerjasama Parasara Borong Sakan. Tahniah dan terima kasih diucapkan. Sesi mengukur saiz kasut dan pakaian sekolah kepada 8 pelajar PPKI SMKBT untuk sesi persekolahan 2019 telah dijalankan. 

Nazri sedang mencuba baju dan seluar sekolah mengikut saiz yang sesuai. 

Parid mencuba kasut hitam yang akan digunakan pada sesi persekolahan 2019

Nazri mencuba sampel kasut yang disediakan. 

PROGRAM E-BITIANS

Program E-Bitians adalah sistem pintar kehadiran pelajar yang mana para pelajar perlu mengesahkan kehadiran mereka dengan fingerprint. Sistem tersebut akan digunakan sebagai E-Kehadiran dan boleh diakses oleh ibubapa melalui telefon pintar untuk mengetahui kehadiran anak-anak mereka. SMK Bandar Tenggara adalah sekolah pertama di negeri Johor yang menggunakan sistem tersebut.

Muhamad Amirul Aziq sedang mencuba program E-Bitians

PROGRAM PASCA PEPERIKSAAN PENDIDIKAN KHAS 2018



Program Pasca Peperiksaan Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara 2018 telah diadakan pada 28 Oktober hingga 1 November 2018 yang lalu. Pelbagai acara dijalankan seperti:-

1. Bola beracun
2. Eksplorace
3. Baling selipar
4. Goal ball
5. Permainan dalaman
6. Galah panjang
7. Sukaneka
8. Pertandingan karaoke


Semua pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan dan pertandingan dijalankan antara kumpulan. Hadiah akan disampaikan semasa jamuan akhir tahun nanti.

Bola beracun
Eksplorace
Baling selipar
Goal Ball
Dam Ular (permainan dalaman)

Permainan karom
Permainan Dam Haji
Galah panjang
Sukaneka

Sukaneka
Pertandingan karaoke






Thursday 1 November 2018

KULAI SPECIAL SCOUT FIESTA 2018

Kulai Special Scout Fiesta 2018 telah diadakan pada 24 - 25 Oktober 2018 di SMK Bukit Batu. Program dikendalikan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kulai dengan kerjasama Pertubuhan Guru Pendidikan Khas Cawangan Kulai. Seramai 4 orang murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah menyertai perkhemahan tersebut di samping Pn. Sahira Haryati Sairi dan Pn, Hjh Khairani Hamdan. Nur Ain Osman Onn turut terpilih sebagai peserta Pengakap Muda Perempuan Terbaik dalam fiesta tersebut. Tahniah.

Kumpulan Enggang (Patrol terbaik)
Bergambar kenangan
Stesen Memanah

Stesen Sandwich


Stesen Bagpack

Stesen Semaphore

Stesen Gajet

Nur Ain dinobatkan Peserta Terbaik Pengakap Muda Perempuan 


PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN KHAS 2018

Peperiksaan Akhir Tahun Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara 2018 telah dijalankan pada 21 - 23 Oktober 2018 di Kelas Permata Hati, SMK Bandar Tenggara. Semua murid telibat dalam peperiksaan tersebut.

PK Mutiara

PK Zamrud

PK Baiduri

PK Delima