Sunday 27 October 2013

MAJLIS GRADUASI PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAIJAYA 2013

Majlis Graduasi Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya 2013 telah diadakan pada 22 Oktober 2013 di Dewan Bunga Raya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulaijaya. Majlis di bawah kelolaan Unit Pendidikan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Kulai dirasmikan oleh YB Ali Mazat Bin Salleh, Ahli Dewan Negeri Kawasan Bukit Permai, Kulai. Seramai 134 orang murid pendidikan khas seluruh daerah Kulai telah menerima sijil graduasi. Dalam majlis tersebut juga, seramai 6 orang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah menerima sijil graduasi masing-masing iaitu:
- Khairul Faris B. Abd Jalil
- ABdul Latif B. Jalil
- Muhammad Ilham B. Azman
- Mohamad Fairus B. Haron
- Mohd Razi b. Mohd Yassin
- Muhamad Khairil Anuar B. Ahmad.

Pada majlis tersebut juga, Khairul Faris B. Abd Jalil telah menerima Anugerah Tokoh Murid Lelaki Sekolah Menengah 2013 berdasarkan kecemerlangan yang dicapai sepanjang tahun 2013. Tahniah diucapkan.

















PERKHEMAHAN MOTIVASI PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAIJAYA 2013

Unit Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya melalui Pejabat Pendidikan Daerah Kulai telah menjalankan Program Perkhemahan Motivasi Pengakap Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya 2013 bermula 8 hingga 10 Oktober 2013 yang lalu. Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah dilantik sebagai urusetia bagi perkhemahan tersebut. Perkhemahan yang dijalankan di Hutan Rekreasi UTM, SKudai telah disertai oleh 145 orang murid dan 47 orang guru. Sepanjang perkhemahan tersebut, pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti:
- Merentas Hutan
- Ikatan
- Kembara Malam
- Memanah
- Aktiviti Berkuda
- Pertandingan Petanq
- Merempuh halangan
- Malam Kebudayaan
- Kawad Kaki
- Permaian Kerjasama
- Masakan Rimba

Majlis Penutup perkhemaha tersebut telah disempurnakan oleh Tn Hj Abd Rahman B. Hamdan, Ketua Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.





















LAWATAN PENANDA ARAS KE SMK TAMAN SUTERA, JOHOR BAHRU

Pada 8 Oktober 2013 yang lalu, Unit Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah menjalankan Lawatan Penanda Aras ke SMK Taman Sutera, Johor Bahru bagi meninjau pelaksanaan Program Pentauliahan Sjil Kemahiran Malaysia (SKM) oleh sekolah tersebut. Lawatan yang bermula seawal pukul 9 pagi itu telah disambut oleh En. Hamzah Bt Othman, GPK Pendidikan Khas SMK Taman Sutera. Dalam lawatan tersebut, rombongan telah dibawa melawat sekitar kawasan projek yang dijalankan di sekolah tersebut iaitu Kawasan Unit Kultura, Unit Ternakan Ikan, Bengkel Masakan dan Bengkel Jahitan. Semasa lawatan itu juga, guru-guru telah diberi penerangan bagaimana untuk mewujudkan pusat pentauliahan SKM di sekolah. Sesungguhnya lawatan tersebut membawa banyak manafaat dan ilmu yang boleh dikongsi bersama.










KURSUS PERTUKANGAN SIMENFERO PENDIDIKAN KHAS DENGAN KERJASAMA KOLEJ KOMUNITI BANDAR TENGGARA

Pada 25 - 29 September 2013 yang lalu, Unit Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Kursus Pertukangan Simenfero dengan kerjasama Kolej Komuniti Bandar Tenggara. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan mencungkil bakat murid Permata Hati dalam bidang pertukangan. Kursus yang dijalankan di hadapan kelas Permata Hati dizahirkan dengan pembinaan air terjun. Seramai 17 orang murid Permata Hati telah dipilih secara khusus untuk mempelajari kaedah pembinaan air terjun dari simne fero tersebut.