Monday, 18 July 2011

PERTANDINGAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAIJAYA 2011

SMK Sultan Alauddin telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan Pertandingan Futsal Pendidikan Khas 2011 di Gelanggang Futsal Felda Bukit Besar pada 4 Julai yang lalu. Berikut adalah keputusan pertandingan futsal tersebut:

Johan                  : SMPKV Indahpura
Naib Johan          : SMK Sultan Alauddin
Ketiga                 : SMK Bandar Tenggara

Pemain Terbaik  : Khairul Faris B. ABd Jalil (SMK Bandar Tenggara)

MAJLIS PERPISAHAN PN. RAJA HAFSAH, PN NORADILAH & PN ROHAIDA





Satu majlis perpisahan untuk Pn.Raja Hafsah Bt Raja Hamzah, Pn. Noradilah Bt Ab Wahab dan Pn. Rohaida Bt Mohamad telah dilakukan oleh Kelas Permata Hati bagi menghargai jasa-jasa mereka terhadap kelas Pendidikan Khas. Dalam majlis tersebut, satu jamuan dan penyampaian hadiah kepada guru-guru tersebut telah dilaksanakan. Pn. Raja Hafsah telah berpindah ke SMK Bandar Seri Alam, pasir Gudang manakala Pn. Noradilah dan Pn. Rohaida telah berpindah ke SMK Sultan Alauddin, Kulaijaya.

KURSUS GUNTING RAMBUT & MASAKAN NASI BERYANI BERSAMA KOLEJ KOMUNITI BANDAR TENGGARA







Kelas Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah bekejersama dengan Kolej Komuniti Bandar Tenggara untuk menjalankan Kursus Jangka Pendek Gunting Rambut dan Masakan Nasi Beryani pada 18 dan 19 Jun 2011 yang lalu. Objektif utama kursus tersebut ialah memberikan kemahiran asas kepada murid-murid dan guru-guru untuk menggunting rambut dan memasak nasi beryani.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUALA LUMPUR & MELAKA

Kelas Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah melakukan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Melaka pada 23 hingga 25 Mei 2011 yang lalu. Seramai 30 orang murid dan 10 guru telah terlibat dalam program tersebut. Objektif utama program ini ialah memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid-murid tentang kemodenan dan keindahan Malaysia. Antara tempat yang dilawati ialah:
1. Masjid Wilayah Persekutuan
2. Tugu Negara
3. Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB)
4. KL Sentral
5. Menaiki Putra LRT
6. Menara Kuala Lumpur
7. Masjid Negara
8. Taman Tasik Perdana
9. Putrajaya
10. Zoo Melaka
11. Masjid Azim Melaka (masjid negeri)
12. Muzium Samudera
13. Menara Taming Sari
14. A Farmosa
15. Melaka River cruise
16. Masjid Selat Melaka
17. Perigi Hang Tuah
18. Melaka Wonderland








KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2011





Pada 20 hingga 23 Jun 2011 yang lalu, 7 orang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah dipilih mewakili daerah Kulaijaya dalam Kejohanan Balapan Dan Padang Pendidikan Khas Negeri Johor yang telah diadakan di Stadium Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat. Murid-murid yang terpilih ialah:
1. Khairul Faris B. Abd Jalil (Rejam Lembing BP Senior Lelaki)
2. Mohamad Ilham B. Azman (Rejam Lembing BP Senior Lelaki)
3. Muhamad Azrul B. Azhar (100m, 200m, Lompat jauh, 4x100m BP Junior Lelaki)
4. Muhamad Alif Aidil B. Mohd Fua'ds (4x100m BP Junior Lelaki)
5. Mustika Bt. Musum (400m, 4x400m BP Senior Perempuan)
6. Baherathe a/p Raja (1500m, 800m, 4x400m BP Senior Perempuan)
7. Nurul Nabila Bt. Zainal Abidin (Lontar peluru, Lompat jauh, 4x100m BP Junior Perempuan)

Dalam kejohanan tersebut, 4 orang murid telah mencapai kejayaan yang membanggakan sehingga membantu Daerah Kulaijaya mendapat tempat Kedua keseluruhan dengan 16 emas, 20 perak, 22 gangsa. Murid yang berjaya ialah:

Emas 1500m, 800m, 4x400m BP Senior P'puan    Baherathe A/p Raja
Emas 4x400m BP Senior P'puan                           Mustika Bt Musum
Emas 4x100m BP Senior P'puan                           Nurul Nabila Bt Zainal Abidin
Gangsa Rejam Lembing BP Senior Lelaki                     Khairul Faris B. Abd Jalil