Wednesday, 28 September 2011

RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI PENDIDIKAN KHAS 1432H

Kelas Pendidikan Khas telah mengadakan rumah terbuka pendidikan khas bagi meraikan murid-murid dan guru-guru di SMK Bandar Tenggara.




SELAMAT DATANG GPK PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA

Selamat datang diucapkan kepada En. Ruhaizad B. Mohd Reduan, Guru Penolong Kanan (GPK) Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara yang baru bertukar masuk pada 22 Ogos 2011. Beliau yang sebelum ini bertugas di SMK Ungku Hussin, Endau merupakan seorang guru yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan khas. Semoga kehadiran beliau di SMK Bandar Tenggara sebagai GPK Pendidikan Khas akan menjadikan Permata Hati lebih cemerlang dan terbilang, Insyaallah.

Wednesday, 14 September 2011

PENGETUA BARU SMK BANDAR TENGGARA

Selamat datang diucapkan kepada Pengetua Baru SMK Bandar Tenggara yang baru, Pn. Hjh Banon Bt Sheikh Abdullah yang baru bertukar masuk dari SMK Layang-layang, Kluang. Semoga di bawah pentadbiran beliau, SMK Bandar Tenggara terus mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam semua bidang.


PERKHEMAHAN MOTIVASI PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAIJAYA 2011 - KEM SEKAKAP MERSING

Pada 19 - 21 Julai 2011 yang lalu, Unit Pendidikan Khas, PPD Kulaijaya telah menganjurkan Perkhemahan Motivasi Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya di Pusat Kecemerlangan & Pembangunan Insan, Kem Sekakap Mersing. Program yang dikelolakan olej SK Felda Inas telah berlangsung dengan jayanya di bawah kelolaan En. Hisham B. Esa. Program tersebut juga dikendalikan oleh En. S.Rudin B. Muhaya dari SK Bandar Tenggara 1 sebagai Kem Komandan. Empat orang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah terpilih menyertai perkhemahan tersebut iaitu:
1. Muhammad Alif B. Abdullah
2. Mohamad Ilham B. Azman
3. Muhamad Alif Aidil B. Mohd Fua'ds
4. Mohd Nor Idham B. Mohd Ali




Thursday, 4 August 2011

KULAIJAYA JOHAN KARNIVAL PERMAINAN PENDIDIKAN KHAS JOHOR 2011

Daerah Kulaijaya telah menjadi johan keseluruhan dalam Karnival Permainan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Johor 2011 yang telah dilangsungkan di daerah Segamat pada 15 - 17 Julai 2011 yang lalu. Sebanyak 3 jenis permainan telah dipertandingkan iaitu, futsal, bola jaring dan petanque. Berikut ialah keputusan pertandingan:

Futsal Masalah Pembelajaran:
Johan           : Kulaijaya
N. Johan      : Kota Tinggi
Ketiga          : Pasir Gudang

Futsal Masalah Pendengaran:
Johan           : Johor Bahru
N. Johan      : Batu Pahat
Ketiga          : Kulaijaya

Bola Jaring Masalah Pembelajaran:
Johan           : Segamat
N. Johan      : Kulaijaya
Ketiga          : Batu Pahat


Bola Jaring Masalah Pendengaran:
Johan           : Kulaijaya
N. Johan      : Johor Bahru
Ketiga          : Segamat

Petanque Masalah Pembelajaran Lelaki:
Johan           : Pontian

N. Johan      : Pasir gudang
Ketiga          : Johor Bahru

Petanque Masalah Pembelajaran Perempuan:
Johan           : Pasir Gudang
N. Johan      : Segamat
Ketiga          : Kulaijaya

Petanque Masalah Pendengaran Lelaki:
Johan           : Pasir Gudang
N. Johan      : Muar
Ketiga          : Batu Pahat

Petanque Masalah Pendengara Perempuan:
Johan           : Muar
N. Johan      : Kluang
Ketiga          : Kulaijaya

Petanque Cacat Anggota:
Johan           : Kulaijaya
N. Johan      : Pontian
Ketiga          : Kota Tinggi

Petanque Down Sindrom:
Johan           : Kulaijaya
N. Johan      : Batu Pahat
Ketiga          : Mersing


Pemain Terbaik Futsal: Khairul Faris B. Abd Jalil (SMK Bandar Tenggara, Kulaijaya)

Keseluruhan:
Johan           : Kulaijaya
N. Johan      : Batu Pahat
Ketiga          : Segamat