Tuesday, 9 October 2012

PERTANDINGAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2012

Murid SMK Bandar Tenggara telah mewakili Daerah Kulaijaya dalam pertandingan futsal pendidikan khas negeri Johor yang telah diadakan pada 3 dan 4 September 2012 di Kota Tinggi. Murid-murid tersebut ialah Khairul Hazizi b. Ahmad, Muhamamd Izzat Haiqal B. Muhd Zaidi bagi kategori Junior manakala Khairul Faris B. Jalil bagi kategori Senior. Dalam Pertandingan tersebut, pasukan Junior telah berjaya mendapat tempat ke 3 manakala pasukan Senior hanya mampu menjadi naib juara kumpulan.






KEJOHANAN SPECIAL OLYMPIC NEGERI JOHOR 2012

SMK Bandar Tenggara telah menghantar wakil dalam Kejohanan Special Olympic Negeri Johor 2012 yang telah diadakan di Stadium Larkin, Johor Bahru. Seramai 4 orang murid telah terpilih mewakili daerah Kota Tinggi dalam 5 acara iaitu 100m, 200m, 4x100m, Lompat Berdiri dan Futsal. Semua peserta telah mencapai kejayaan yang membanggakan dalam semua acara yang disertai iaitu Muhammad Fikhri, Muhammad Fitri, Mohamad Samsuri dan Abd Latif (Emas 4x100m), Abd Latif dan Samsuri (Emas Futsal) dan Norazila Bt Nordin (ketiga 200m).






SMK BANDAR TENGGARA JOHAN PERMAINAN TRADISI (BATU SEREMBAN & CEPER) DAERAH KULAIJAYA 2012

SMK Bandar Tenggara telah menjuarai Pertandingan Permainan Tradisi Daerah Kulaijaya 2012 yang telah diadakan di SMK Senai pada 11 Julai 2012 yang lalu. SMK Bandar Tenggara telah diwakili oleh Muhammad Fikhri B. Safie, Muhammad Fithri B. Safie, dan Norazila Bt Nordin (Batu Seremban) manakala permainan ceper diwakili oleh Muhammad Ilham B. Azman.




Tuesday, 4 September 2012

PROGRAM MARHABAN PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2012M/1334H

Kelas Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Program Marhaban Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara 2012/1334H bermula 27 Ogos 2012 hingga 7 September 2012. Sebanyak 25 rumah yang terdiri daripada rumah murid-murid Permata Hati telah dilawati dalam program tersebut. Program yang dirancang itu meliputi 8 kawasan iaitu:
        1. Felda Inas
        2. Felda Pengeli Timur
        3. Felda Sungai Sibol
        4. Kawasan Taman Sayong Pinang
        5. Kawasan Taman Sayong Indah
        6. Kawasan Taman Anggerik
        7. Kawasan Rumah Pangsa Bandar Tenggara
        8. Kawasan Bandar Tenggara
Objektif program ini ialah mengeratkan hubungan antara organisasi sekolah dengan ibu bapa murid-murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara.






Monday, 6 August 2012

KURSUS MOTIVASI PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAIJAYA 2012

Seramai 97 orang murid Pendidikan Khas seluruh daerah Kuliajaya telah menyertai Perkhemahan Motivasi Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya 2012 yang telah diadakan di Kem Tiram Indah Village, Ulu Tiram pada 17 dan 18 Julai 2012 yang lalu. Perkhemahan tersebut turut disertai oleh 47 orang guru dan PPM Pendidikan Khas seluruh Daerah Kulaijaya. Sepanjang perkhemahan tersebut, pelbagai aktiviti telah diadakan bagi membina jatidiri dan motivasi murid-murid pendidikan khas tersebut seperti Kembara, Berjalan Malam, Permainan Koperatif, Keyakinan di Air dan Explorace. SMK Bandar Tenggara telah diwakili oleh Mohd Ameer Najmudin b. Hailani, Mohd Fikhri B. Safie, Mohd Rasid B. Zainuddin, Mohd Fithri B. Safie bersama-sama guru Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara, En Mohd Hassry Mustakim yang telah bertugas sebagai Kem Komandan.