Tuesday, 12 April 2016

CERAMAH PENDIDIKAN KEMAHIRAN OLEH INSTITUT HOSPITALITY & TOURISM (IHT)

Pada 5 April 2016 lalu, CEO Institut Hospitality & Tourism, Pandan City, Johor Bahru, En. Mazmadi B. Mohamad telah menyampaikan ceramah pendidikan kemahiran kepada murid-murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara. Ceramah tersebut bertujuan memberi kesedaran dan galakan kepada murid berkenaan pendidikan kemahiran. Turut mennyampaikan ucapan ialah Mohamad Rosli B. Ismail yang merupakan bekas murid PPKI SMK Bandar Tenggara yang telah berjaya membuka syarikat pembersihan sendiri, Oliey Cleaning Services Sdn Bhd.

Ceramah oleh En. Mazmadi B. Mohamad, CEO IHT


Ceramah oleh Mohd Rosli Ismail, Pemilik Oliey Cleaning Services Sdn Bhd

KARNIVAL PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT & PEMBELAJARAN ISLAM SEPANJANG HAYAT BERSAMA KOLEJ KOMUNITI BANDAR TENGGARA

Seorang murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah mendapat tempat KEDUA dalam pertandingan Bercerita Kisah Nabi di Karnival Pembelajaran Islam Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Bandar Tenggara pada 26 Mac 2016 lalu. Hadiah disampaikan oleh Pengarah Kolej Komuniti Bandar Tenggara, Pn. Faridatuljana Binti Mohd Noor.


Tuesday, 5 April 2016

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2016

Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) Pendidikan Khas Negeri Johor 2016 telah diadakan di SMK Yong Peng, Batu Pahat pada 28 Mac 2016 lalu. Tahniah diucapkan kepada dua wakil PPKI SMK Bandar Tenggara yang telah mewakili Daerah Kulai kerana telah mencapai kejayaan. Muhamad Aiyzat B. Othman yang menyertai acara Hafazan telah mendapat tempat KEDUA manakala Muhamad Danial B. Nor Remee yang menyertai acara Bercerita Kisah Nabi telah mendapat tempat KETIGA. Hadiah disampaikan oleh Tuan Haji Abd Rahman B. Hamdan, Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Muhamad Aiyzat pemenang tempat KEDUA Hafazan
Muhamad Danial pemenang tempat KETIGA Bercerita Kisah Nabi
Pertandingan Bercerita Kisah Nabi oleh Muhamad Danial B. Nor Remee

Acara Hafazan oleh Muhamad Aiyzat B. Othman

Barisan peserta menunggu giliran

PEMILIHAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH KULAI

Majlis Pemilihan Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Daerah Kulai 2016 telah dijalankan pada 24 Mac 2016 lalu di SMPKV Indahpura. Dalam pemilihan tersebut, 2 wakil SMK Bandar Tenggara iaitu Muhamad Aiyzat B. Othman (Hafazan) dan Muhamad Danial B. Nor Remee (Bercerita Kisah Nabi) telah terpilih mewakili daerah Kulai ke peringkat negeri di Batu Pahat.

Muhamad Aiyzat B. Othman bagi acara Hafazan
Muhamad Danial B. Nor Remee bagi acara Bercerita Kisah Nabi

Sunday, 3 April 2016

MAJLIS PERSARAAN PN. NORAINA BT A SAMAT


Majlis Persaraan Pn. Noraina telah dilangsungkan pada 24 Mac 2016 yang lalu di Dewan Permata, SMKBT. Majlis tersebut dikendalikan oleh Badan Kebajikan Guru & Kakitangan (BKGK) SMK Bandar Tenggara. Murid-murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara turut terlibat membuat persembahan sebagai menghargai dan meraikan persaraan tersebut. Pn. Noraina adalah Guru Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara yang telah berkhidmat selama 34 tahun sebagai guru termasuk 14 tahun sebagai Guru Pendidikan Khas dan penyelaras PPKI di SMK Bandar Tenggara. Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa dan bakti yang dicurahkan. Semoga sentiasa di dalam perlindungan ALLAH.

Acara memotong pulut kuning
Pn. Haslina menyuapkan pulut kuning kepada Pn. Noraina
Bersalaman dengan murid tanda perpisahan
Bersalaman dengan murid
Ucapan Pn. Hjh Khairani Bt Hamdan
Pemangku GPK Pend Khas
Persembahan Murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara
Majlis penyampaian hadiah

Penyampaian Sijil oleh Pn. Zaharah Bt Mohd Jani,Pengetua SMKBT