Wednesday, 3 August 2016

AKTIVITI KELAB KEMBARA PERMATA HATI : KRAFTANGAN BEG T-SHIRT KITAR SEMULA

Dalam aktiviti kokurikulum Kelab & Persatuan baru-baru ini, Kelab Kembara Permata Hati telah menjalankan aktiviti membuat kraftangan Beg Kitar Semula dari T-Shirt terpakai. Program yang dikendalikan oleh Pn. Khairani Sapawi ini dibantu oleh para guru PPKI dan PPM. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka kelihatan teruja melihat hasil beg kitar semula yang dihasilkan oleh mereka sendiri.

Kumpulan A dengan hasil ciptaan mereka

Kumpulan B dengan hasil ciptaan mereka

Kumpulan C dengan hasil ciptaan mereka
Knorezani menggayakan beg yang dihasilkan


Proses membuat beg T-Shirt

Kerjasama kumpulan amat diperlukan
Bimbingan sentiasa diberikan oleh guru dan PPM


PROGRAM GEMA AIDILFITRI 2016

Unit HEM SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Program Gema Aidilfitri 2016 di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara. Program tersebut bertujuan memberikan sumbangan aidilfitri kepada murid-murid yang kurang berkemampuan termasuk murid-murid Pendidikan Khas. Seramai 7 orang murid Pendidikan Khas telah menerima sumbangan aidilfitiri pada tahun ini. Dalam majlis tersebut juga, kakitangan keselamatan dan pembersihan swasta turut menerima sumbangan. Majlis diakhiri dengan bersalam-salaman sebelum bercuti menyambut hari raya.

Murid-murid bersalam-salaman dengan semua guru sebelum pulang
Sumbangan disampaikan oleh Pn. Zaharah Bt Mohd Jani, Pengetua SMKBT


Izzuhana balqis menerima sumbangan hari raya

Mohd Haziq menerima sumbangan hari raya

Muhammad Amirul Syafiq menerima sumbangan

Muhd Zairul Akhbar menerima sumbangan hari raya

Nor Atikah turut menerima sumbangan hari raya

Penyerahan Kad Hari Raya Aidilfitri daripada wakil Majlis Kenari

Sebahagian murid yang berada di Dewan Permata



Friday, 1 July 2016

MAJLIS BERBUKA PUASA PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA

Pada 28 Jun 2016 yang lalu, PPKI SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa & Majlis Perpisahan Pn. Zamzuriana Bt Hasin di Restoran Thai Place, Bandar Tenggara. Program yang dikelolakan oleh En. Mohd Hassry telah disertai oleh 58 orang peserta termasuk murid-murid PPKI, guru-guru dan PPM serta keluarga. Semoga ikatan ukhwah yang terjalin akan terus dikekalkan.

Warga PPKI SMK Bandar Tenggara mengambil juadah berbuka

Bacaan doa oleh En. Mohd Nurul Faishal

Mengaminkan doa yang dibacakan

Para tetamu dan jemputan yang hadir

Menikmati juadah berbuka

Murid-murid menikmati juadah berbuka

Turut kelihatan En. Khairul Aime dan keluarganya

Ucapan alu-aluan oleh Pn. Hjh Khairani, GPK Pendidikan Khas SMKBT

Ucapan Pn. Zamzuriana Bt Hasin

Majlis penyerahan cenderamata 

Penyerahan cenderamata daripada wakil kelas Permata Hati

Penyerahan cenderamata perpisahan

Sesi bergambar kenang-kenangan



PROJEK TART NENAS PPKI SMK BANDAR TENGGARA

Seperti tahun-tahun sebelumnya, PPKI SMK Bandar Tenggara telah menjalankan Projek Tart Nenas bagi memenuhi permintaan pelanggan setia sepanjangn bulan Ramadan ini. Projek yang diketuai oleh Pn. Siti Khalijah Bt Rahim telah dijayakan oleh murid-murid Pendidikan Khas sepenuhnya. Terima kasih kepada semua pihak yang menyokong projek berkenaan.

Produk tart nenas PPKI SMK Bandar Tenggara
Menerap biskut tart menggunakan acuan


Proses menyediakan inti

Sentiasa mendapat bimbingan daripada guru dan PPM

Produk yang belum siap