Wednesday, 10 August 2016

MAJLIS DISKUSI & SAMBUTAN HARI RAYA PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2016

Pada 31 Julai 2016 yang lalu, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Majlis Hari Diskusi & Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pendidikan Khas 2016 di Bilik Seminar SMKBT. Majlis telah disempurnakan oleh Pn. Zaharah Bt Mohd Jani, Pengetua SMK Bandar Tenggara. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan GPK Pendidikan Khas, Pn. Hjh Khairani Bt Hamdan, Ucapan Tuan Pengetua dan penyempaian Hadiah Kecemerlangan Akademik PPKI Pertengahan Tahun 2016. Majlis diteruskan dengan berselawat dan jamuan hari raya berserentak dengan sesi diskusi antara ibu bapa dan guru.


Barisan guru dan PPM SMK Bandar Tenggara
Bacaan doa oleh Muhd Izzat Haiqal
Ucapan alu-aluan GPK Pendidikan Khas
Ucapan Pengetua SMK Bandar Tenggara
Penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang Peperiksaan Pertengahan Tahun : Ahmad Kamri

Penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang Peperiksaan Pertengahan Tahun: Muhd Fitri Aiman

Taklimat hari diskusi SMK Bandar Tenggara
Alunan selawat nabi SAW

Jamuan Hari Raya Aidilfitri
Perbincangan bersama ibu bapa murid

Perbincangan bersama keluarga murid

Perbincangan RPI murid





Thursday, 4 August 2016

PROGRAM KECEMERLANGAN SPM PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2016

Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menganjurkan Program Kecemerlangan SPM Pendidikan Khas Negeri Johor 2016 dari 24 - 29 Julai 2016 di SMK Medini, Iskandar Puteri, johor Bahru. Program tersebut telah disertai oleh dua orang murid Pendidikan Khas SMKBT iaitu Nurul Nabilah Bt Zainal Abidin dan Baherathe A/P Raja serta Pn. Nor Fatimah Bt Abd Ghani selaku guru pengiring. Program bertujuan meningkatkan kecemerlangan SPM murid-murid Pendidikan Khas Johor dengan dibantu oleh penceramah dan fasilitator berkelayakan.


Pn. Fatimah sebagai guru pengiring bersama Baherathe (kiri) dan Nurul Nabilah (kanan)






Peserta kursus 
Bersama fasilitator Bahasa Inggeris



Wednesday, 3 August 2016

PROGRAM MARHABAN AIDILFITRI 2016

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Program Marhaban Aidilfitri 2016 yang berlangsung dari 17 hingga 19 Julai 2016 yang lalu meliputi 18 buah rumah. Program tersebut bertujuan membina kemahiran bersosial murid-murid selain  merapatkan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa melalui sarana ibu bapa. Turut ditekankan ialah adab-adab menziarah ketika sambutan Syawal.


Murid-murid belajar mengalunkan marhaban dengan bimbingan guru

Menikmati juadah hari raya yang disediakan tuan rumah




Bergambar kenangan di rumah peserta

Murid-murid mengalunkan marhaban di rumah yang dikunjungi
Bersalaman dengan tuan rumah


Bacaan doa yang dikendalikan oleh murid-murid dengan bimbingan guru-guru

AKTIVITI KELAB KEMBARA PERMATA HATI : KRAFTANGAN BEG T-SHIRT KITAR SEMULA

Dalam aktiviti kokurikulum Kelab & Persatuan baru-baru ini, Kelab Kembara Permata Hati telah menjalankan aktiviti membuat kraftangan Beg Kitar Semula dari T-Shirt terpakai. Program yang dikendalikan oleh Pn. Khairani Sapawi ini dibantu oleh para guru PPKI dan PPM. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka kelihatan teruja melihat hasil beg kitar semula yang dihasilkan oleh mereka sendiri.

Kumpulan A dengan hasil ciptaan mereka

Kumpulan B dengan hasil ciptaan mereka

Kumpulan C dengan hasil ciptaan mereka
Knorezani menggayakan beg yang dihasilkan


Proses membuat beg T-Shirt

Kerjasama kumpulan amat diperlukan
Bimbingan sentiasa diberikan oleh guru dan PPM


PROGRAM GEMA AIDILFITRI 2016

Unit HEM SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Program Gema Aidilfitri 2016 di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara. Program tersebut bertujuan memberikan sumbangan aidilfitri kepada murid-murid yang kurang berkemampuan termasuk murid-murid Pendidikan Khas. Seramai 7 orang murid Pendidikan Khas telah menerima sumbangan aidilfitiri pada tahun ini. Dalam majlis tersebut juga, kakitangan keselamatan dan pembersihan swasta turut menerima sumbangan. Majlis diakhiri dengan bersalam-salaman sebelum bercuti menyambut hari raya.

Murid-murid bersalam-salaman dengan semua guru sebelum pulang
Sumbangan disampaikan oleh Pn. Zaharah Bt Mohd Jani, Pengetua SMKBT


Izzuhana balqis menerima sumbangan hari raya

Mohd Haziq menerima sumbangan hari raya

Muhammad Amirul Syafiq menerima sumbangan

Muhd Zairul Akhbar menerima sumbangan hari raya

Nor Atikah turut menerima sumbangan hari raya

Penyerahan Kad Hari Raya Aidilfitri daripada wakil Majlis Kenari

Sebahagian murid yang berada di Dewan Permata