Tuesday, 14 March 2017

MESYUARAT AGUNG 1MURID 1SUKAN SMK BANDAR TENGGARA 2017

Mesyuarat Agung Kelab 1Murid 1Sukan SMK Bandar Tenggara telah dijalankan pada 8 Februari 2017 mengikut sukan masing-masing. Murid-murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah menyertai 4 sukan utama ialai Petanque, Bola Sepak, Badminton dan Bola Baling. Mereka turut menyertai mesyuarat agung dengan bimbingan guru-guru PPKI yang turut menjadi guru penasihat kelab sukan dan permainan tersebut.

Mesyuarat Agung 1Murid 1Sukan Badminton
Mesyuarat Agung 1Murid 1Sukan Bola Sepak
Mesyuarat Agung 1Murid 1Sukan Bola Baling
Mesyuarat Agung 1Murid 1Sukan Petanque


PRA KEJOHANAN BALAPAN & PADANG SMK BANDAR TENGGARA 2017

Pra Kejohanan Balapan & Padang SMK Bandar Tenggara bagi tahun 2017 telah diadakan pada 8 & 9 Februari 2017 di Stadium Tenggara. Beberapa murid PPKI telah menyertai dan mewakili rumah sukan masing-masing. Acara yang dipertandingkan bagi kategori Pendidikan Khas ialah Lontar Peluru, Rejam Lembing dan 400m Lelaki dan Perempuan. Acara dikendalikan oleh guru-guru PPKI SMK Bandar Tenggara dibantu oleh para PPM.

Zairul Akhbar mewakili rumah Jebat, Lontar Peluru
Haziq mewakili rumah Kasturi, Rejam Lembing
Atikah mewakili rumah Jebat, Lontar Peluru
acara 400m Lelaki
Natasha mewakili rumah Jebat, Rejam Lembing
Suhada mewakili rumah Kasturi, Lontar Peluru
Amirul Safwan mewakili rumah Tuah, Lontar Peluru


SAMBUTAN MAULID RASULALLAH SAW SMK BANDAR TENGGARA 2017

Sambutan Maulidur Rasulallah Muhammad SAW peringkat SMK Bandar Tenggara telah diadakan pada 26 Januari 2017 di Dewan Permata SMK Bandar Tenggara. Sambutan telah dimeriahkan dengan ceramah perdana oleh Yang Berbahagia Ustaz  Mohd Zaki B. Mohamad dari SMA bandar Tenggara. Semua murid PPKI SMK Bandar Tenggara turut terlibat dalam majlis tersebut.


Persembahan murid Tingkata 6
Persembahan nasyid
Ustaz Mohd Zaki
Penceramah menyampaikan ceramahnya
Bacaan ayat suci al-Quran


Monday, 13 February 2017

PERTANDINGAN PETANQUE TERTUTUP JOHOR 2017

Pasukan petanque Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah menjadi Naib Johan dalam Pertandingan Petanque Tertutup Johor 2017 yang diadakan di Gelanggang Petanque MBJB Johor Bahru pada 3 Februari 2017. Pertandingan yang dianjurkan oleh Majlis Guru Pendidikan Khas Daerah Kota Tinggi. Johan disandang oleh SMK Semenchu, Kota Tinggi. Pasukan petanque PPKI SMK Bandar Tenggara diwakili oleh Muhamad Zairul Akhbar B. Jamaludin, Muhamad Amirul Safwan B. Noor Alim, Muhamad Haziq B. Abd Rahim dan Raja Mohamad Adnan B. Raja Noor Alim. Tahniah diucapkan.

Para peserta PPKI SMKBT
BT2
Bersama pasukan SMK Ungku Husin, Mersing
Bersama SMK Semenchu, Kota Tinggi
Pertandingan bersama SMK tun Hussien Onn, Kluang
Pertandingan separuh akhir
Sengit
Pertandingan akhir dengan SMK Semenchu
Wakil PPKI SMK Bandar Tenggara

Sunday, 5 February 2017

PERTANDINGAN PETANQUE TERTUTUP DAERAH KULAI 2017

Pejabat Daerah Kulai dengan kerjasama PPD Kulai telah menganjurkan Pertandingan Petanque Tertutup Daerah Kulai 2017 pada 25 Januari 2017 di Gelanggang Petanque SMK Bandar Tenggara dan SMK Seri Pinang. Trio PPKI yang terdiri daripada Muhamad Zairul Akhbar B. Jamaludin, Muhamad Haziq B. Abd Rahim dan Raja Mohd Adnan B. Raja Noor Mohd telah menjadi Johan dalam pertandingan tersebut, manakala trio kedua yang terdiri daripada Muhamad Muhaimin Eaiman B. Saharudin, Muhd Amirul Safwan B. Noor Alim dan Mohamad Zulkifli B. Mohamad Faizal telah mendapat tempat keempat. Tahniah diucapkan.

Kejayaan murid-murid PPKI SMK Bandar Tenggara
Johan , Kumpulan PPKI A
Tempat Keempat, Kumpulan PPKI B
Muhaimin menunjukkan aksi
Lontaran juara
Zairul Akhbar sedang bertarung
Penyertaan PPKI SMK Bandar Tenggara