Thursday, 23 November 2017

PERTANDINGAN MASAKAN PENDIDIKAN KHAS 2017 (TEMA : POPIA)

PPKI SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Pertandingan Masakan berasaskan popia pada 15 November 2017 di Bilik Masakan SMK Bandar Tenggara. Sebanyak 10 kumpulan telah mengambil bahagian dengan dibantu oleh mentor masing-masing yang terdiri daripada guru-guru dan PPM PPKI SMK Bandar Tenggara. Kumpulan 9 yang diketuai oleh Muhd Syafiq Haqfis telah muncul menjadi johan, diikuti oleh Naib Johan, Kumpulan 1 (Nor Atikah Samat) dan Ketiga, Kumpulan 2 (Muhd Fitri Aiman). Tahniah diucapkan.

Penyediaan meja hidangan
Kumpulan 3 dan Kumpulan 4
Kumpulan 5 dan Kumpulan 6
Kumpulan 9 dan Kumpulan 10
Kumpulan 7 dan Kumpulan 8
Johan Kumpulan 9
Naib Johan Kumpulan 1
Ketiga Kumpulan 2
Sebahagian hidangan yang telah disiapkan


Tuesday, 14 November 2017

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SMK TAMAN PUTRI

PPKI SMK Taman Putri telah mengadakan lawatan penanda aras ke SMK Bandar Tenggara pada 13 November 2017. Program yang diketuai oleh Pn. Eydayu Bt Mohamed, GPK Pendidikan Khas SMK Taman Putri disertai oleh 10 orang guru dan PPM serta 18 orang murid. Semoga lawatan ini dapat merapatkan silaturahim dan membawa kepada kerjasama yang lebih erat.

Sesi fotografi
Ketibaan rombongan lawatan
Bunga pahar mendahului sambutan
Mengalukan ketibaan rombongan
Tetamu mengambil tempat
Faris Airman bertindak sebagai Pengacara majlis
Muhd Aiyzat sebagai pembaca doa
Ucapan Pn. Eydayu Mohamed, GPK Pendidikan Khas SMKTP
Cenderamata dari SMK Bandar Tenggara
Cenderamata dari SMK Taman Putri
Cenderamata dari SMK Taman Putri
Turut dihadiahkan Nutripot lada
Sebahagian murid PPKI SMKTP
Lawatan ke Kawasan Asas Akuakultur
Stor Perkebunan
Penerangan Pn. Khairani Sapawi
Lawatan ke Kebun Jambu Batu
Kawasan Nurseri Permata

Demonstrasi membuat biskut tat
Murid PPKI SMKTP turut mengambil bahagian
Penerangan Pn. Nor Fatimah
Nor Atikah membantu rakan baharu
Demonstrasi murid



PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN KHAS 2017

Peperiksaan Akhir Tahun Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara 2017 telah diadakan pada 6 - 8 November 2017 di Kelas Pendidikan Khas. Semua murid PPKI telah terlibat dalam peperiksaan tersebut yang dikendalikan oleh Unit Peperiksaan PPKI SMK Bandar Tenggara.

Kelas PK Tingkatan 1
Kelas PK Mutiara
Kelas PK Baiduri
Kelas PK Delima

Sunday, 12 November 2017

MAJLIS GRADUASI PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAI 2017

PPD Kulai telah menganjurkan Majlis Graduasi Pendidikan Khas Daerah Kulai 2017 di Dewan Bandaran Tenggara pada 31 Oktober 2017 yang lalu. SMK Bandar Tenggara telah dipilih sebagai urusetia majlis manakala En. Mohd Hassry Bin Mustakim dilantik sebagai pengurus majlis. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Baderi B. Hj Dasuki, ADUN Kawasan Panti, Tenggara. Seramai 5 orang murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah menerima sijil pada tahu ini iaitu Nor Atikah Bt Samat, Muhd Haziq B. ABd Rahim, Muhd Nor Fahis B. Nazarudin, Shahrul Nizam B. Zaidi dan Muhamad Zarul Imran B. Zainudin. Nor Atikah Bt Samat juga telah dipilih sebagai Tokoh Murid Pendidikan Khas Perempuan Sekolah Menengah bagi tahun 2017

Murid PPKI SMK Bandar Tenggara yang menerima sijil 
Nor Atikah Samat menerima Anugerah Tokoh Murid Perempuan PK Sekolah Menengah
Bersama GPK Pendidikan Khas SMKBT
Barisan Murid PPKI yang menerima sijil
Shahrul Nizam menerima sijil tamat persekolahan
Nor Atikah menerima anugerah tokoh murid

Thursday, 2 November 2017

PERTANDINGAN FUTSAL PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAI 2017

Pertandingan Futsal Pendidikan Khas Daerah Kulai 2017 telah diadakan pada 29 Oktober 2017 di SMK Sultan Alauddin. Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Dalam pertandingan tersebut, PPKI SMK Bandar Tenggara telah mandapat tempat Ketiga Sekolah Menengah. Tahniah diucapkan.

Pasukan Futsal Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara
Penentuan Separuh Akhir SMKBT vs SMPKVIP
Raja Mohd Adnan menerima hadiah kemenangan
Pasukan Futsal  PPKI SMKBT 
Bergambar kenangan