Sunday, 21 January 2018

HARI DISKUSI PPKI SMK BANDAR TENGGARA 2018

PPKI SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Program Hari Diskusi PPKI SMK Bandar Tenggara pada 21 Januari 2018 di Bilik Seminar SMKBT. Program ini bertujuan memberi peluang perbincangan antara ibu bapa dan pihak sekolah berkaitan hal persekolahan, program dan RPI. Dalam program ini juga, Mesyuarat Agung Majlis Permuafakatan Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara Sesi 2018-2019 turut dijalankan. Majlis disempurnakan oleh Pengetua SMK Bandar Tenggara, Pn. Noraini Binti Mohd Nor bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Senarai AJK Majlis Permuafakatan Pendidikan Khas SMKBT Sesi 2018-2019

Pengerusi      : En. Raden Raya Bin Muri
N. Pengerusi : En. Sulaiman Bin Kahol
Setiausaha     : Pn. Siti Khalijah Bt Rahim
Bendahari      : Pn. Norfatimah Bt A Ghani
AJK              : 1) Pn. Melati
                       2) Pn. Suria
                       3) En. Raja Noor Mohd Bin Raja Mohd Noor
                       4) En. Mohd Noor Azimi Bin Ibrahim
                       5) En. Abdul Halim Bin Jumrah



Ucapan alu-aluan Pn. Noraini Binti Mohd Nor, Pengetua SMK Bandar Tenggara
Taklimat GPK Pendidikan Khas, Pn. Hajah Khairani Binti Hamdan
Pendaftaran ibu bapa 
AJK Pendaftaran
Sebahagian ibu bapa yang hadir

Mesyuarat Agung Majlis Permuafakatan Pendidikan Khas SMKBT
Sesi Diskusi PK Baiduri
Sesi Diskusi PK Delima
Sesi Diskusi PK Intan
Sesi Diskusi PK Mutiara
Sesi Diskusi PK Zamrud


                   

Wednesday, 17 January 2018

KEJOHANAN MERENTAS DESA SMK BANDAR TENGGARA 2018

Kejohanan Merentas Desa SMK Bandar Tenggara 2018 telah diadakan pada 17 Januari 2018 di sekitar Bandar Tenggara. Semua murid SMK Bandar Tenggara telah terlibat termasuk murid PPKI SMK Bandar Tenggara. Program dimulakan dengan senamrobik oleh pelajar-pelajar Pra Universiti. Pelepasan peserta disempurnakan oleh Pengetua, Pn. Noraini Binti Mohd Nor dan YDP PIBG SMK Bandar Tenggara, En. Ahmad Bin Saian. Pemenang bagi kategori Pendidikan Khas adalah seperti berikut:

Kategori Lelaki PK
1. Raja Mohd Adnan Bin Raja Noor Mohamad (Kasturi)
2. Muhamad Zairul Akhbar Bin Jamaludin (Jebat)
3. Muhamad Nor Farhan Bin Nazarudin (Jebat)
4. Ahmad Kamri Bin Mohd Meli (Jebat)
5. Muhd Fakhrul Radzi Bin Azmi (Tuah)

Kategori Perempuan PK
1. Nurnatasha Bt Mohd Aris (Jebat)
2. Nor Atikah Bt Jalil (Jebat)
3. Nurul Asyikin Bt Ruslan (Jebat)
4. Noraida Binti Bahtiar (Lekir)
5. Najeeha Azwa Bt Mohd Jais (Kasturi)

Keputusan Keseluruhan
Johan - Kasturi
N. Johan - Jebat
Ketiga - Tuah
Keempat - Lekir



Sebahagian murid lelaki PPKI yang mengambil bahagian
Murid lelaki PPKI turut mengambil bahagian
Taklimat pertandingan oleh En. Mohd Fairuz 
Senamrobik di Dewan Permata
Hafizudin(PK4) bersemangat semasa senamrobik
Murid PPKI turut menyertai senamrobik di Dewan Permata
Kategori Lelaki 13 dan Pendidikan Khas
Kategori Lelaki 18
Peserta kategori Perempuan 18

Peserta kategori Pra Universiti
Barisan peserta kategori Guru Wanita
Barisan peserta kategori Guru Lelaki
Peserta lelaki sedang bersedia
Izzuhana Balqis dan Aishah pada peringkat awal larian
Syafiq Sulaiman dalam larian solo
Hairul dan Aqaffi semasa sesi bergambar
Ahmad Kamri dan Fakhrul Razi meneruskan cabaran
Najeeha Azwa seronok meneruskan larian
Garisan penamat
Pemenang tempat pertama, kedua, ketiga dan keempat PK
Noor Alif Aiman menamatkan larian
Muhamad Aiyzat menamatkan larian
Najeeha Azwa menerima pingat kemenangan
Zairul Akhbar menerima pingat kemenangan





Saturday, 13 January 2018

INKLUSIF MESYUARAT AGUNG RUMAH SUKAN SMKBT 2018

Unit Kokurikulum SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Mesyuarat Agung Rumah Sukan 2018 pada 3 Januari 2018 mengikut rumah sukan masing-masing iaitu Tuah, Jebat, Lekir dan Kasturi. Dalam mesyuarat agung tersebut, setiap rumah sukan akan memilih barisan kepimpinan bagi sesi 2018 ini. Murid-murid PPKI SMK Bandar Tenggara turut terlibat menjayakan mesyuarat tersebut mengikut rumah sukan yang telah ditetapkan dengan dibantu oleh semua guru PPKI


Mesyuarat Lekir di Kantin
Sebahagian murid PPKI Lekir yang turut serta
Mesyuarat Jebat di Dewan Permata (Bahagian A)
Sebahagian murid PPKI Jebat yang hadir

Mesyuarat Tuah di Dewan Permata (Bahagian B)
Sebahagian murid PPKI Tuah yang terlibat
Mesyuarat Kasturi di Surau An-Nur
Sebahagian murid PPKI Kasturi

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1 & 4, SMKBT 2018

Program Orientasi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 SMK Bandar Tenggara 2018 telah diadakan pada 1 & 2 Januari 2018. Sebelas murid PPKI SMK Bandar Tenggara turut serta dalam program tersebut yang memberi peluang kepada semua murid baharu mengenali budaya sekolah. Program yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dijalankan di Dewan Permata dan perasmianpenutup disempurnakan oleh Pengetua, Pn. Noraini Binti Mohd Nor.

Sebahagian murid Pendidikan Khas yang turut serta

Fasilitator PRS membimbing murid terlibat dalam LDK
LDK sedang dijalankan
Suasana semasa taklimat koperasi
Mendengar taklimat kokurikulum
Sebahagian fasilitator Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Sebahagian aktiviti yang dijalankan
Perasmian penutup oleh Pengetua

Sunday, 7 January 2018

PENDAFTARAN MURID BAHARU PPKI SMKBT 2018

Program Pendaftaran Murid Baharu PPKI SMK Bandar Tenggara telah dijalankan pada 31 Disember 2017 di Dewan Permata pada jam 8.30 pagi. Seramai 10 orang murid Tingkatan 1 PPKI SMK Bandar Tenggara telah mendaftar. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdullah Bin Zainal, Taklimat dan perasmian oleh Tuan Pengetua, Pn. Noraini Binti Mohd Nor dan pendaftaran murid mengikut giliran yang diberikan. Program berakhir kira-kira jam 11.00 pagi.


Ucapan Pengetua, Pn. Noraini Binti Mohd Nor
Sebahagian ibu bapa yang hadir
Kaunter pendaftaran yang dibuka
Pengecara majlis, Pn. Anne Suraya Binti Abd Halim
Bacaan doa oleh Ust Abdullah Bin Zainal
Kaunter pendaftaran Pendidikan Khas