Thursday, 1 November 2018

KULAI SPECIAL SCOUT FIESTA 2018

Kulai Special Scout Fiesta 2018 telah diadakan pada 24 - 25 Oktober 2018 di SMK Bukit Batu. Program dikendalikan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kulai dengan kerjasama Pertubuhan Guru Pendidikan Khas Cawangan Kulai. Seramai 4 orang murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah menyertai perkhemahan tersebut di samping Pn. Sahira Haryati Sairi dan Pn, Hjh Khairani Hamdan. Nur Ain Osman Onn turut terpilih sebagai peserta Pengakap Muda Perempuan Terbaik dalam fiesta tersebut. Tahniah.

Kumpulan Enggang (Patrol terbaik)
Bergambar kenangan
Stesen Memanah

Stesen Sandwich


Stesen Bagpack

Stesen Semaphore

Stesen Gajet

Nur Ain dinobatkan Peserta Terbaik Pengakap Muda Perempuan 


PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN KHAS 2018

Peperiksaan Akhir Tahun Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara 2018 telah dijalankan pada 21 - 23 Oktober 2018 di Kelas Permata Hati, SMK Bandar Tenggara. Semua murid telibat dalam peperiksaan tersebut.

PK Mutiara

PK Zamrud

PK Baiduri

PK Delima

MAJLIS GRADUASI PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAI 2018

Majlis Graduasi Pendidikan Khas Daerah Kulai 2018 telah diadakan pada 17 Oktober 2018 di Dewan Aero, SMK Bukit Batu. Majlis disempurnakan oleh Pn. Marina Ibrahim, Wakil Rasmi YB ALan Tee Boon Tseong ADUN Kawasan Senai. Seramai 3 orang murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah bergraduasi iaitu Muhamad Hakimi B. Mohd Afandi, Fakhrul Radzi B. Azmi dan Najeeha Azwa Bt Mohd Jais. Tahniah diucapkan.

Najeeha Azwa, Fakhrul Radzi, Muhd Hakimi


Saturday, 13 October 2018

MINGGU PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2018

Minggu Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara 2018 telah berjaya dilaksanakan pada 7 - 11 Oktober 2018 mengikut tempat dan perancangan yang ditetapkan. Program bermula dengan Majlis Perasmian yang disempurnakan oleh Pn. Noraini Bt Mohd Nor, Pengetua SMK Bandar Tenggara pada 7 Oktober 2018. Sepanjang minggu tersebut, beberapa gerai jualan, aktiviti dan pameran telah dijalankan seperti :-
- Pameran Pendidikan Khas
- Gerai D'Dapor Permata
- Gerai Permata Tani
- Gerai Aqua Corner
- Gerai Permata Carwash
Pada hari rabu pula diadakan beberapa pertandingan dan aktiviti sempena Minggu Pendidikan Khas iaitu :-
- Pertandingan Terapi pasir
- Pertandingan Hias Kek Cawan
- Pertandingan Kod Tangan
- Pertandingan Teka Braille
- Pertandingan GoalBall
- Kuiz PK
- Tayangan telefilem "Aku Nazmi"
Tahniah diucapkan atas kejayaan penganjuran Minggu Pendidikan Khas 2018 ini. Semoga berjumpa lagi tahun hadapan.

Minggu Pendidikan Khas 2018
Bergambar kenangan sempena Majlis Perasmian MPK 2018
Bacaan doa yang diketuai oleh Muhd Aiyzat Othman
Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Sekolah oleh Mohd Haziq Hairul
Ucapan GPK Pendidikan Khas 

Ucapan Perasmian Pn. Noraini Bt Mohd Nor, Pengetua SMK Bandar Tenggara

Gimik perasmian
Perasmian oleh Pengetua SMK Bandar Tenggara

Gerai D'Dapor Permata, jualan produk makanan
Gerai D'Dapor Permata

Gerai Permata Tani, jualan hasil pertanian dan jus buah-buahan

Gerai Permata Carwash, jualan produk cucian
Perkhidmatan cuci kereta
Jualan ternakan ikan keli

Pertandingan Menghias Kek Cawan
Gigih menyiapkan hiasan kek cawan

Antara kek cawan yang telah dihias
Para peserta Terapi Pasir
Hakimi dan Knorezani turut mengambil bahagian
Bersama binaan yang dihasilkan
Pertandingan Kod Tangan

Murid mempelajari asas kod tangan
Menjawab soalan yang dipaparkan.
Pertandingan Teka Braille
Menyelesaikan masalah Braille
Pertandingan GoalBall

Sebelum memulakan pertandingan

Menyeronokkan
Tayangan telefilem "Aku Nazmi" dan Kuiz PK



Ceramah oleh Mohd Rosli Ismail, Alumni PPKI SMK Bandar Tenggara

Saturday, 6 October 2018

PROGRAM LESEN MEMANDU 2018

Pada 5 Oktober 2018 yang lalu telah dijalankan Kursus Undang-Undang dan Pembelajaran Memandu kepada 5 orang murid PPKI yang layak dan terpilih dalam fasa 1 Program Lesen Memandu 2018. Kursus diadakan di Akademi Memandu Ngah, Kluang. Program yang dikendalikan Pn. Hjh Khairani Hamdan mendapat kerjasama Akademi Memandu Ngah Cawangan Bandar Tenggara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ini merupakan langkah awal bagi mendapatkan lesen memandu motorsikal yang sah. Semoga mereka dipermudahkan urusan untuk mencapai impian mereka.

Bergambar kenangan di Akademi Memandu Ngah
Pengangkutan disediakan untuk ke tempat kursus
Mendengar taklimat yang disampaikan
Ujian buta warna
Ujian buta warna individu
Ceria