Monday, 12 November 2018

PROGRAM E-BITIANS

Program E-Bitians adalah sistem pintar kehadiran pelajar yang mana para pelajar perlu mengesahkan kehadiran mereka dengan fingerprint. Sistem tersebut akan digunakan sebagai E-Kehadiran dan boleh diakses oleh ibubapa melalui telefon pintar untuk mengetahui kehadiran anak-anak mereka. SMK Bandar Tenggara adalah sekolah pertama di negeri Johor yang menggunakan sistem tersebut.

Muhamad Amirul Aziq sedang mencuba program E-Bitians

PROGRAM PASCA PEPERIKSAAN PENDIDIKAN KHAS 2018



Program Pasca Peperiksaan Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara 2018 telah diadakan pada 28 Oktober hingga 1 November 2018 yang lalu. Pelbagai acara dijalankan seperti:-

1. Bola beracun
2. Eksplorace
3. Baling selipar
4. Goal ball
5. Permainan dalaman
6. Galah panjang
7. Sukaneka
8. Pertandingan karaoke


Semua pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan dan pertandingan dijalankan antara kumpulan. Hadiah akan disampaikan semasa jamuan akhir tahun nanti.

Bola beracun
Eksplorace
Baling selipar
Goal Ball
Dam Ular (permainan dalaman)

Permainan karom
Permainan Dam Haji
Galah panjang
Sukaneka

Sukaneka
Pertandingan karaoke






Thursday, 1 November 2018

KULAI SPECIAL SCOUT FIESTA 2018

Kulai Special Scout Fiesta 2018 telah diadakan pada 24 - 25 Oktober 2018 di SMK Bukit Batu. Program dikendalikan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kulai dengan kerjasama Pertubuhan Guru Pendidikan Khas Cawangan Kulai. Seramai 4 orang murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah menyertai perkhemahan tersebut di samping Pn. Sahira Haryati Sairi dan Pn, Hjh Khairani Hamdan. Nur Ain Osman Onn turut terpilih sebagai peserta Pengakap Muda Perempuan Terbaik dalam fiesta tersebut. Tahniah.

Kumpulan Enggang (Patrol terbaik)
Bergambar kenangan
Stesen Memanah

Stesen Sandwich


Stesen Bagpack

Stesen Semaphore

Stesen Gajet

Nur Ain dinobatkan Peserta Terbaik Pengakap Muda Perempuan 


PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN KHAS 2018

Peperiksaan Akhir Tahun Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara 2018 telah dijalankan pada 21 - 23 Oktober 2018 di Kelas Permata Hati, SMK Bandar Tenggara. Semua murid telibat dalam peperiksaan tersebut.

PK Mutiara

PK Zamrud

PK Baiduri

PK Delima

MAJLIS GRADUASI PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAI 2018

Majlis Graduasi Pendidikan Khas Daerah Kulai 2018 telah diadakan pada 17 Oktober 2018 di Dewan Aero, SMK Bukit Batu. Majlis disempurnakan oleh Pn. Marina Ibrahim, Wakil Rasmi YB ALan Tee Boon Tseong ADUN Kawasan Senai. Seramai 3 orang murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah bergraduasi iaitu Muhamad Hakimi B. Mohd Afandi, Fakhrul Radzi B. Azmi dan Najeeha Azwa Bt Mohd Jais. Tahniah diucapkan.

Najeeha Azwa, Fakhrul Radzi, Muhd Hakimi