Sunday, 26 May 2019

PROGRAM IHYA RAMADAN SMK BANDAR TENGGARA 2019

Program Ihya Ramadan SMK Bandar Tenggara telah dijalankan pada 22 Mei 2019 meliputi beberapa program. Program anjuran MAKDIS SMK Bandar Tenggara meliputi beberapa acara iaitu tadarus alQuran, pertandingan azan, pertandingan hafazan dan kuiz agama Islam. Pelajar PPKI turut serta dalam program tersebut dan berjaya mendapat kejayaan dalam beberapa acara iaitu,
1. Naib Johan Azan (Muhamad Haziq Hairul)
2. Naib Johan Hafazan Lelaki (Muhamad Aiyzat Othman)
3. Ketiga Hafazan Lelaki (Muhamad Haziq Hairul)
4. Anugerah Khas Azan (Muhamad Hazmi Zainal)
Tahniah diucapkan.

Pemenang pertandingan sempena Program Ihya Ramadan 2019
Majlis Tadarus Al Quran di Dewan Permata
Naib Johan Pertandingan Azan
Haziq sedang beraksi
Hazmi dengan aksinya
Penerima Anugerah Khas Azan 
Para hakim yang bijaksana
Aqaffi sedang mengalunkan azan
Naib Johan Hafazan Lelaki


Wednesday, 22 May 2019

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2019

Peperiksaan Pertengahan Tahun Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara 2019 telah diadakan pada 13 - 15 Mei 2019 di Kelas Permata Hati. Semua murid terlibat dengan peperiksaan tersebut yang meliputi semua matapelajaran.

PK Delima
PK Zamrud
PK Mutiara
PK Baiduri
PK Intan


Monday, 20 May 2019

MAJLIS BERBUKA PUASA PENDIDIKAN KHAS 2019

Majlis Berbuka Puasa Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah diadakan pada 16 Mei 2019 di Homestay Khaizaki, Bandar Tenggara. Program ini bertujuan menyemarakkan semangat Ramadan di kalangan murid-murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara. Ucapan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menjayakan majlis tersebut. Semoga Allah terus merahmati kalian. InsyaAllah.

Majlis dimulakan dengan tahlil ringkas
Solat Maghrib berjemaan
Solat Maghrib berjemaah
Antara juadah yang dihidangkan
Para pelajar mengambil makanan
Pelajar perempuan yang hadir
Sebahagian pelajar yang hadir
Sebahagian pelajar lelaki yang hadir
Penyediaan juadah berbuka
Murid mengambil makanan yang disediakan


Friday, 3 May 2019

SAMBUTAN IHYA RAMADAN SMK BANDAR TENGGARA 1440H

Sambutan Ihya Ramadan 1440H, telah diadakan pada 2 Mei 2019 di Dewan Permata. Sambutan dimeriahkan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Ustaz Muliade B. Umat dari SMK Tanjung Pengelih, Pengerang. Dalam program terebut juga diadakan pelancaran Imam Muda SMK Bandar Tenggara 2019. Semua pelajar telah menyertai program tersebut.

Bacaan ayat suci al-Quran
Ucapan perasmian oleh Pengetua, Pn. Noraini Mohd Nor
Sebahagian pelajar yang turut serta
Antara pengisian ceramah yang disampaikan
Antara pengisian ceramah yang disampaikan
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Muliade

PELAJAR PPKI MERIAHKAN SAMBUTAN HARI GURU SMK BANDAR TENGGARA 2019

Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Bandar Tenggara 2019 dengan tema Guru : Obor Hemah Menerangi Pertiwi telah diadakan pada 29 April 2019 di Dewan Permata. Sambutan telah diadakan dengan tema "Aku Orang Kampung".

Warga pendidikan SMK Bandar Tenggara dengan tema "Aku Orang Kampung"
Sebahagian warga pendidikan SMKBT

Gimik sambutan

Gimik sambutan, perarakan dengan lori
Acara memotong kek hari lahir

Acara sukan rakyat
Acara tarik tali
Acara permainan baling selipar

Pelajar PPKI SMK Bandar Tenggara yang membuat persembahan hari guru
Persembahan Pink Panther
Nyanyian solo oleh Aqaffi
Nyanyian solo oleh Rejab
Persembahan tarian "Mari Kita Ke Ladang"
Persembahan guru