Saturday, 16 November 2019

PROGRAM MY TOKEN 2019

Program My Token adalah program yang dirancang sebagai menghargai penat lelah murid menjalankan aktiviti amali berdasarkan kurikulum yang ditetapkan. Wang hasil titik peluh mereka dipulangkan dalam bentuk ganjaran wang dan barangan. Pada 14 November 2019 yang lalu, program My Token telah dijalankan di Aeon Mall Bandar Dato Onn, Johor Bahru. Semua peserta kelihatan gembira dengan ganjaran yang diterima.

Wajah-wajah gembira membeli belah
Memilih busana yang disukai
Membuat pembayaran
Memilih jajan kesukaan
Murid perempuan yang paling gembira
Melatih membuat pembayaran secara sendirian
Asyik...


PROGRAM PASCA PEPERIKSAAN PPKI SMK BANDAR TENGGARA 2019

Program Pasca Peperiksaan Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara 2019 telah diadakan pada 10 - 13 November 2019 yang lalu. Pelbagai acara dijalankan seperti:-

1. Dodgeball
2. Permainan dalaman
- Dart
- Congkak
- Karom
- Batu seremban
- Sahibba
- Dam 
3. Galah panjang
4. Pertandingan karaoke

Semua pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan dan pertandingan dijalankan antara kumpulan. Hadiah akan disampaikan semasa jamuan akhir tahun nanti.

Pertandingan Dodgeball
Sahibba
Pertandingan dam haji
Pertandingan congkak
Pertandingan karom
Pertandingan galah panjang
Pertandingan dart


Wednesday, 13 November 2019

PROGRAM LESEN MEMANDU MOTORSIKAL B2 2019

Bermula pada 2 Januari 2019 lalu telah dijalankan Kursus Undang-Undang dan Pembelajaran Memandu kepada 6 orang murid PPKI yang layak dan terpilih dalam fasa 2 Program Lesen Memandu 2019. Kursus diadakan di Akademi Memandu Ngah, Kluang. Program yang dikendalikan Pn. Hjh Khairani Hamdan mendapat kerjasama Akademi Memandu Ngah Cawangan Bandar Tenggara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ini merupakan langkah awal bagi mendapatkan lesen memandu motorsikal yang sah. 
Tahniah diucapkan kepada pemegang lesen memandu motorsikal B2 berikut:
1. Raja Mohamad Adnan B. Raja Noor Mohamad
2. Muhamad Fitri Aiman B. Muhamad Zaidi
3. Muhamad Amirul Safwan B. Noor Alim
4. Parid B. Zaidi
5. Wan Rabiatul Suhada bt Wan Azman
6. Nur Natasha Bt Mohd Aris
Semoga mereka dipermudahkan urusan untuk mencapai impian mereka. 

Bergambar kenangan di depan Akademi Memandu Ngah, Kluang
Wajah ceria lulus B2
Ujian buta warna


Monday, 11 November 2019

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2019

Peperiksaan Akhir Tahun Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara 2019 telah dijalankan pada 5 - 7 November 2019 di Kelas Permata Hati, SMK Bandar Tenggara. Semua murid telibat dalam peperiksaan tersebut.

PK Baiduri
PK Mutiara
PK Intan
PK Nilam
PK Delima


Wednesday, 6 November 2019

PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN PENDIDIKAN KHAS JOHOR 2019

Program Pembangunan Sukan Pendidikan Khas Negeri Johor 2019 telah diadakan pada 5 November 2019 di Padang SMK Belitong, Kluang. Program tersebut bertujuan mencungkil bakat sukan di kalangan murid OKU terutama OKU fizikal, kerdil, dan penglihatan sebagai persediaan penganjuran Paralimpik Johor 2020. Dua orang murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah terlibat dalam pemilihan tersebut iaitu Muhamad Haziq Hairul dan Nur Izzuhanna Balqis Bt Abdul Haji. Tahniah diucapkan.

Nur Izzuhanna Balqis membuat cubaan lompatan kategori kerdil
Haziq Hairul membuat cubaan rejam lembing
Nur Izzuhanna Balqis rejam lembing
Lontar peluru oleh Haziq Hairul
Lompat jauh oleh Nur Izzuhanna Balqis