Sunday, 19 January 2020

MESYUARAT RPI SIDANG 1/2020 PPKI SMK BANDAR TENGGARA


Mesyuarat RPI Sidang 1/2020 PPKI SMK Bandar Tenggara telah diadakan pada 19 Januari 2020 di Kelas Pendidikan Khas. Seramai 24 ibu bapa telah hadir dalam mesyuarat tersebut dan dibahagikan kepada 8 kumpulan guru. Mesyuarat tersebut bertujuan membincangkan permasalahan dan strategi pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasikan kepada murid-murid PPKI. RPI atau Rancangan Pengajaran Individu adalah dokumen rasmi yang membincangkan halatuju murid bagi pengajarannya pada tahun semasa. Kerjasama daripada ibubapa sangat menggalakkan.

Pengacara majlis, Muhamad Aqahffi 
Bacaan doa oleh Muhammad Sanihakimy
Ucapan GPK Pendidikan Khas, Pn. Hjh Khairani Hamdan
Sebahagian ibu bapa yang hadir


Mesyuarat RPI bersama En.Mohd Hassry

Mesyuarat RPI bersama Pn. Nor Zieyana

Mesyuarat RPI bersama Pn. Sahira Haryati

Mesyuarat RPI bersama En.Mohd Radzuan

Mesyuarat RPI bersama Pn. Khairani Sapawi

Mesyuarat RPI bersama Pn. Noorkiah

Saturday, 18 January 2020

SUKANTARA SMK BANDAR TENGGARA 2020

Sukantara SMK Bandar Tenggara 2020 telah dijalankan pada 15 & 16 Januari 2020 bertempat di Padang SMK Bandar Tenggara dan Stadium Tenggara melibatkan 4 acara iaitu 100m, 400m, Lontar Peluru dan lompat jauh. Semua murid PPKI turut terlibat dalam sukantara tersebut mengikut rumah sukan masing-masing. Mata yang dikumpulkan akan membantu rumah sukan masing-masing merebut kejuaraan sukantara peringkat sekolah. Keputusan kejuaraan akan diumumkan pada Hari Penyampaian Hadiah nanti. Tahniah


Lontar peluru bagi sukantara rumah Lekir

Lompat Jauh perempuan rumah Tuah

Permulaan 100m bagi rumah Jebat

100m rumah Lekir

Acara 400m rumah Jebat

Lontar peluru rumah Jebat

Lontar peluru rumah Kasturi

Lompat jauh rumah Tuah

Lompat jauh rumah Lekir

Rumah Tuah


MESYUARAT AGUNG SUKAN & PERMAINAN 2020

Mesyuarat Agung Sukan & Permainan SMK Bandar Tenggara 2020 telah dijalankan pada 8 Januari 2020 mengikut sukan dan permainan masing-masing. Murid-murid PPKI turut terlibat dalam mesyuarat ini. Empat jenis sukan yang disertai oleh murid-murid PPKI ialah Bola Sepak, Badminton, Petanque dan Permainan Dalaman. Tahniah kepada semua AJK yang dipilih pada tahun ini

Mesyuarat agung Sukan Bola Sepak
Mesyuarat Agung Badminton
Mesyuarat Agung Petanque




INKLUSIF MESYUARAT AGUNG RUMAH SUKAN SMKBT 2020

Unit Kokurikulum SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Mesyuarat Agung Rumah Sukan 2020 pada 8 Januari 2020 mengikut rumah sukan masing-masing iaitu Tuah, Jebat, Lekir dan Kasturi. Dalam mesyuarat agung tersebut, setiap rumah sukan akan memilih barisan kepimpinan bagi sesi 2020 ini. Murid-murid PPKI SMK Bandar Tenggara turut terlibat menjayakan mesyuarat tersebut mengikut rumah sukan yang telah ditetapkan dengan dibantu oleh semua guru PPKI

Rumah Jebat di kantin
Murid PPKI di rumah Jebat

Rumah Kasturi di Dewan A
Murid PPKI di rumah Kasturi

Rumah Lekir di Dewan B

Murid PPKI di rumah Lekir

Murid PPKI di rumah Tuah

Rumah Tuah di surau



Friday, 17 January 2020

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1 , 4 & PPKI SMKBT 2020

Program Orientasi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 SMK Bandar Tenggara 2020 telah diadakan pada 1 & 2 Januari 2019. Tujuh murid PPKI SMK Bandar Tenggara turut serta dalam program tersebut yang memberi peluang kepada semua murid baharu mengenali budaya sekolah. Program yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dijalankan di Dewan Permata dan perasmian penutup disempurnakan oleh Pengetua, Pn. Noraini Binti Mohd Nor

Taklimat disiplin yang disampaikan oleh En. Ahmad Nazri B. Selamat
Barisan murid PPKI
Inklusif dalam program orientasi
Bersama-sama warga baharu sekolah