Monday, 31 October 2011

MURID PERMATA HATI TERIMA PINGAT GANGSA ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM)

Pada 15 Oktober 2011 yang lalu, 14 orang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah menerima Pingat Gangsa Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2011 yang telah berlangsung di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara.
Mereka yang berjaya dianugerahkan ialah:
1. Khairul Faris B. Abd Jalil
2. Abdul Latif B. Jalil
3. Abd Aziz B. Mohd Haithir
4. Mohd Faiz B. Othman
5. Mohd Alif B. Abdullah
6. Mohd Fairuz B. Harun
7. Mohd Fithri B. Safie
8. Mohd Fikhri B. Safie
9.Shima Ammera Adora Bt Md Nor
10. Mustika Bt Musum
11. Nurul Nabila Bt Zainal Abidin
13. Mohd Razi B. Mohd Yassin
14. Mohd Hadham B. Sahid


Wednesday, 19 October 2011

MARHABAN PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2011

Unit Pendidikan Khas telah mengadakan Program tahunan marhaban ke rumah-rumah murid dan guru SMK Bandar Tenggara selama 2 minggu. Program yang berlangsung dari 5 September 2011 hingga  15 September 2011. 





LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAMAN SINAR HARAPAN JUBLI, TAMPOI

Permata Hati, SMK Bandar Tenggara telah mengadakan lawatan ke Taman Sinar Harapan Jubli, Tampoi pada 5 Oktober 2011 yang lalu. Antara objektif lawatan ini ialah mengeratkan hubungan antara warga Permata Hati SMK Bandar Tenggara dengan warga Taman Sinar Harapan yang sama bernaung di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM). Selain itu, lawatan ini juga bertujuan mengetahui program dan kursus yang disediakan di Taman Sinar Harapan Jubli. Lawatan ini juga diserikan dengan Sukaneka antara warga Permata Hati SMK Bandar Tenggara dan Taman Sinar harapan Jubli.








Wednesday, 28 September 2011

RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI PENDIDIKAN KHAS 1432H

Kelas Pendidikan Khas telah mengadakan rumah terbuka pendidikan khas bagi meraikan murid-murid dan guru-guru di SMK Bandar Tenggara.




SELAMAT DATANG GPK PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA

Selamat datang diucapkan kepada En. Ruhaizad B. Mohd Reduan, Guru Penolong Kanan (GPK) Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara yang baru bertukar masuk pada 22 Ogos 2011. Beliau yang sebelum ini bertugas di SMK Ungku Hussin, Endau merupakan seorang guru yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan khas. Semoga kehadiran beliau di SMK Bandar Tenggara sebagai GPK Pendidikan Khas akan menjadikan Permata Hati lebih cemerlang dan terbilang, Insyaallah.