Monday, 11 January 2016

MAJLIS PERPISAHAN PN. ANIM BT MOHAMED JAIB & EN. HAMZAH B. HAMDAN

Badan Kebajikan Guru & Kakitangan (BKGK) SMK Bandar Tenggara telah mengadakan majlis perpisahan bagi meraikan kenaikan pangkat GPK Pentadbiran SMKBT, Pn. Anim Bt Mohamed Jaib sebagai Pengetua di SMK Taman Sri Saujana, Kota Tinggi dan perpindahan En. Hamzah b. Hamdan GPK Pendidikan Khas SMKBT ke SMK Linggiu, Kota Tinggi. Majlis sambutan diadakan di Dewan Permata sebelum perarakan perpisahan ke pintu pagar. Tahniah diucapkan dan Selamat Maju Jaya. Jasa tuan tidak kami lupakan.

Ketibaan Pn. Anim & En. Hamzah
Tetamu mengambil tempat
Semua murid berkumpul di Dewan Permata
Ucapan perpisahan Pn. Anim
Ucapan perpisahan En. Hamzah
Cenderamata untuk Pn. Anim
Cenderamata untuk En. Hamzah, disampaikan oleh Fitri Aiman
Barisan murid 
Paluan kompang mengiringi perpisahan







Thursday, 7 January 2016

MESYUARAT AGUNG RUMAH SUKAN 2016

Mesyuarat Agung Rumah Sukan SMK Bandar Tenggara telah dijalankan pada 6 Januari 2016. Program yang merupakan sebahagian daripada aktiviti kokurikulum ini telah diadakan di lokasi yang ditetapkan mengikut rumah sukan masing-masing seperti berikut:

Jebat      : Dewan Permata
Tuah      : Dewan Permata
Kasturi   : Surau
Lekir      : Kantin

Semua murid pendidikan khas turut mengikut mesyuarat mengikut rumah sukan masing-masing dengan dibantu oleh para guru PPKI.


Mesyuarat Agung Rumah Sukan Jebat di Dewan Permata
Mesyuarat Agung Rumah Sukan Kasturi di Surau An-Nur
Mesyuarat Agung Rumah Sukan Lekir di Kantin
Mesyuarat Agung Rumah Sukan Tuah di Dewan Permata
Murid PK turut terlibat dalam mesyuarat



PROGRAM TAUTAN SILATURAHIM PELAJAR PENDIDIKAN KHAS, TINGKATAN 1 & TINGKATAN 4.

Program orientasi murid baharu yang dinamakan Program Silaturahim telah berlangsung selama dua hari (3 & 4 Januari 2016) di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara. Seramai 6 orang murid baharu Permata Hati turut terlibat. Mohamad Knorezani B. Raya pula telah dipilih sebagai Peserta Paling Aktif Pendidikan Khas manakala kumpulan 7 yang disertai oleh Muhammad Amirul Safwan B. Noor Alim terpilih kumpulan paling ceria.

Knorezani menerima Hadiah Kumpulan Aktif

Safwan menerima hadiah bagi pihak Permata Hati

Sunday, 3 January 2016

PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 & PERMATA HATI 2016

SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Program Pendaftaran Murid Tingkatan 1 & Permata Hati 2016 di Dewan Permata, pada 31 Disember 2015 yang lalu. Majlis dimulakan dengan pendaftaran ibu bapa, taklimat dari Tuan Pengetua, Pn. Zaharah Bt Mohd Jani, pendaftaran murid, pembelian alat tulis di Koperasi SMK Bandar Tenggara dan pengambilan buku teks bagi murid tingkatan 1. Majlis yang bermula pada pukul 8.30 pagi berakhir pada kira-kira jam 12.00 tengahari. Dalam program tersebut, seramai 8 orang murid baharu Permata Hati telah mendaftar di SMK Bandar Tenggara.


Pendaftaran murid baharu Permata Hati
Mengambil nombor giliran
Ucapan pengetua
Sebahagian ibu bapa yang hadir
Penjualan alat tulis di koperasi sekolah
Penjualan alat tulis di koperasi sekolah



Saturday, 21 November 2015

JAMUAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2015

PPKI SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Majlis Jamuan Akhir Tahun Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara 2015 di KSL Resort, Johor Bahru pada 17 November 2015 lalu.  Majlis berkenaan turut meraikan murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum serta menunjukkan kemajuan sahsiah dan sosial. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pn. Hajah Khairani Bt Hamdan, Pemangku GPK Pendidikan Khas, SMK Bandar Tenggara.