Sunday, 5 June 2016

SALAM PERPISAHAN BUAT PN. ZAMZURIANA BT HASIN

Salam Perpisahan buat Pn. Zamzuriana Bt Hasin yang berpindah ke SK Sinar Bahagia, Kulai mulai 1 Jun 2016. Segala jasa dan bakti yang dicurahkan diucapkan jutaan terima kasih. Segala kenangan disimpan dalam hati. Semoga terus cemerlang di tempat baharu.


Saturday, 4 June 2016

PERKHEMAHAN MOTIVASI PENGAKAP PENDIDIKAN KHAS SMK BANDAR TENGGARA 2016

Pada 24 & 25 Mei 2016 yang lalu, unit PPKI SMK Bandar Tenggara telah menjalankan aktiviti Perkhemahan Motivasi Pengakap Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara di PPNJ Agro Park, Kota Tinggi. Program tersebut telah disertai oleh 28 orang murid PPKI dan 10 orang guru dan PPM SMK Bandar Tenggara. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti membuat gajet, mencari harta karun, merentas hutan, melawat ladang dan memancing. Program telah diselaraskan oleh Pn. Sahira Haryati Bt Sairi.

Bergambar kenangan semasa program

Aktiviti membuat gajet

Aktiviti membuat gajet

Aktiviti memancing

Pertandingan memancing antara kumpulan

Sesi Senam pagi

Lawatan ke ladang ternakan

En. Hassry gigih menyediakan umpan

Aktiviti berjalan malam

Setiap kumpulan diminta membuat sekurang-kurang 3 gajet

Aktiviti kerohanian

Lawatan ke reban kambing

Pengalaman memberi kambing jenis Boer makan






Saturday, 28 May 2016

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN PENDIDIKAN KHAS 2016

Peperiksaan Pertengahan Tahun Pendidikan Khas 2016 telah dijalankan pada 17 - 19 Mei 2016 yang lalu bagi menilai kefahaman murid-murid terhadap tajuk yang dipelajari. Penyalaras peperiksaan Pendidikan Khas ialah Pn. Sahira Haryati Bt Sairi.


Peperiksaan Pertengahan Tahun Kelas PK Zamrud


Peperiksaan Pertengahan Tahun kelas PK Baiduri

Peperiksaan Pertengahan Tahun kelas PK Delima

PERSEMBAHAN HARI GURU ISTIMEWA DARI PPKI SMK BANDAR TENGGARA

Sempena sambutan hari guru peringkat SMK Bandar Tenggara pada 16 Mei 2016, PPKI SMK Bandar Tenggara telah membuat satu persembahan istimewa kepada semua warga sekolah. Persembahan tarian dan pentomen bertajuk "Aci, Aci, Buka Pintu" telah dijayakan oleh 10 murid Pendidikan Khas di bawah kelolaan Pn. Sahira Haryati Bt Sairi & Pn. Siti Norfadhilah Bt Zakariah.

Barisan peserta persembahan "Aci...Aci..Buka pintu"
Persembahan yang sedang berlangsung


Antara aksi persembahan yang dipertontonkan

Persembahan yang menambat hati penonton