Saturday, 22 February 2020

Tahniah diucapkan kepada En. Mohd Hassry Bin Mustakim dan Pn. Sahira Haryati Bt Sairi yang telah dipilih sebagai Ahli Jawatan Kuasa Pertubuhan Guru Pendidikan Khas (PGPK) Kulai 2020-2022. Semoga terus cemerlang.



MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 35 DAN HARI ANUGERAH CEMERLANG SMK BANDAR TENGGARA 2020

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 35 Dan Hari Anugerah Cemerlang SMK Bandar Tenggara telah diadakan pada 16 Februari 2020 di Dewan Permata. Majlis dirasmikan oleh En. Ahmad Bin Saian, Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Tenggara. Mesyuarat agung PIBG turut dikendalikan oleh En. Ahmad bin Saian.
Dalam Majlis Hari Anugerah Cemerlang, 8 orang pelajar PPKI SMK Bandar Tenggara menerima hadiah berdasarkan kecemerlangan dalam bidang akademik bagi tahun 2019. Mereka ialah Muhamad Rejab Ali Zulfikar Abu Assalam, Muhamad Hafizudin Azman, Muhamad Aiyzat Othman, Noraishah Mohd Affandi, Muhammad Aqahffi Bin Shamsuddin, Muhamad Sanihakimy B. ABdullah, Raja Mohamad Adnan Bin Raja Noor Mohamad dan Nur Natasha Mohd Aris. Tahniah diucapkan.

Mesyuarat PIBG dikendalikan oleh YDP PIBG

Suasana di dalam Dewan Permata

Ucapan Pengetua SMK Bandar Tenggara

Ucapan YDP PIBG SMKBT

Muhammad Rejab Ali Zulfikar Abu Assalam

Siti Noraishah Mohamad Afandi

Raja Mohamad Adnan Raja Noor Mohamad

Muhamad Sanihakimy Abdullah

Muhammad Aqahffi Shamsuddin

Muhamad Hafizudin Azman

Muhamad Aiyzat Othman

Nur Natasha Mohd Aris

Thursday, 20 February 2020

PERTANDINGAN BOLING TENPIN PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAI 2020

Pertandingan Boling Tenping Pendidikan Khas Daerah Kulai 2020 telah dijalankan pada 19 Februari 2020 di Daiman Bowl Johor Jaya. PPKI SMK Bandar Tenggara telah menghantar 7 peserta dan telah memperoleh kejayaan dalam seperti berikuti. Tahniah diucapkan. 

Kategori Invidivu Perempuan
Nur Natasha Bt Mohd Aris (Tempat ke 2)
Nuraishah Bt Mohamad Affandi (Tempat ke 6)
Wan Rabiatul Suhada Bt Azman (Tempat ke 7)


Kategori Individu Lelaki
Ahmad Kamri B. Mohd Meli (Tempat ke 8)
Raja Muhammad Adham Bin Raja Noor Mohamad (Tempat ke 14)
Muhammad Aqahffi B. Shamsuddin (Tempat ke 17)


Kategori Individu Cerebral Palsy
Nurul Asyikin Bt Ruslan (Tempat ke 4)


Kategori Berpasukan Perempuan : Tempat ke 2


Kategori Berpasukan Lelaki : Tempat ke 4


Naib Johan Berpasukan Perempuan Senior
Naib Johan Individu (Nur Natasha Bt Mohd Aris)
Pasukan Lelaki
Pasukan Perempuan dan Kategori CP

Monday, 17 February 2020

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KULAI 2020

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Haziq Bin Hairul atas pencapaian Gangsa dengan lontaran sejauh 9.90 m dalam acara Lontar Peluru kategori Lelaki 18 di Kejohanan Olahraga MSSD Kulai 2020. Kejohanan yang berlangsung di Stadium Azman Hashim, UTM SKudai dirasmikan oleh Tuan Zainal B. Buang, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kulai. Tahniah diucapkan.

Kemenjadian murid

Tempat ketiga keseluruhan

Tuesday, 11 February 2020

PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) KEPADA MURID PPKI SMK BANDAR TENGGARA 2020

Program Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM100 bagi murid-murid SMK Bandar Tenggara telah dijalankan pada 10 Februari 2020. Bagi semua murid PPKI, bantuan RM100 telah diberikan kepada 34 murid PPKI yang layak. Bantuan disampaikan kepada ibu bapa yang dapat hadir dan murid-murid yang boleh menguruskan kewangan sendirian. Semoga pemberian bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapa

Wajah ceria menerima RM100

Melatih untuk percaya kepada kemampuan anak-anak menguruskan kewangan

Afiq yang paling gembira

Disampaikan oleh GPK Pendidikan Khas

Murid dilatih untuk mengisi borang dengan bimbingan guru