Dua orang murid permata hati SMK Bandar Tenggara iaitu Abd Aziz B. Mohd Haithir dan Shima Amera Adora Bt M. Nor telah terpilih untuk melanjutkan di Institutute Hospitality And Tourism (FeMAC) di Pandan City, Johor Bahru dalam bidang housekeeping dan bakeri. Program selama setahun ini adalah inisiatif guru-guru Pendidikan Khas bagi memajukan diri murid-murid khususnya murid Pendidikan Khas.
Penubuhan Konsortium FeMAC di Pandan City, Johor Bahru adalah dengan kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar (Irda), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Legoland. Sebanyak 5 jenis kursus ditawarkan di sini, termasuklah penyediaan makanan (chefs) tahap 1&2, penyediaan bakeri atau pasteri (bakery/ pastery chefs) tahap 1&2, pramusaji (waiters & captain) tahap 1&2, penyambut tetamu (front office) tahap 2&3 dan pengemasan bilik (housekeeping) tahap 1&2. Kemudahan yang disediakan di sini merangkumi bilik kuliah yang moden lengkap dengan projektor dan TV LCD bagi suasana pembelajaran yang selesa, asrama yang selesa dilengkapi dengan penghawa dingin, kemudahan riadah seperti gelanggang futsal dan badminton juga disediakan.
No comments:
Post a Comment