Tuesday 20 November 2012

ABDUL LATIF JOHAN BOWLING PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAANN 2012

Seorang murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara telah berjaya mencatat sejarah sebagai johan pertandingan bowling Pendidikan Khas kebangsaan yang telah diadakan di Kuala Terengganu, Terengganu. Kejayaan tersebut telah menobatkan negeri Johor sebagai Johan Keseluruhan dalam pertandingan tersebut. Pertandingan yang berlangsung serentak dengan Karnival Permainan Pendidikan Khas Kebangsaan pada 13 hingga 18 September 2012 itu turut melibatkan pertandingan futsal yang turut disertai oleh seorang lagi murid pendidikan khas SMK Bandar Tenggara iaitu Khairul Faris B. Abd Jalil. Beliau berjaya mendapat naib johan bagi pertandingan futsal berkenaan.








No comments: