Tuesday 5 February 2013

MAJLIS PERLANTIKAN PEMIMPIN MUDA SMK BANDAR TENGGARA 2013

Pada 21 Januari 2013 yang lalu, Majlis Perlantikan Pemimpin Muda dan Penyerahan Watikah Perlantikan SMK Bandar Tenggara telah berlangsung dengan jayannya di Dewan Permata SMK Bandar Tenggara. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Inspektor Abdullah Sani B. Shamin Ahmad, Pegawai Perhubungan Polis Sekolah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi. Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai tanda penyerahan tanggungjawab kepada para pemimpin muda yang terdiri dari barisan Pengawas sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti. Dua orang pengawas Permata Hati turut menerima watikah perlantikan dalam majlis tersebut iaitu:

1. Muhammad Fariez B. Kamaruddin
2. Muhammad Nor Idham B. Mohd Ali

Semoga majlis ini dapat memberikan semangat kepada para pengawas baru untuk menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan jujur. Selamat bertugas.

No comments: