Friday 13 December 2013

FIESTA SUKAN OKU (JOKUF) NEGERI JOHOR 2013

Pada 17 November 2013 yang lalu, Jabatan Belia & Sukan Negeri Johor telah menganjurkan Fiesta Sukan OKU (JOKUF) Negeri Johor bertempat di Kompleks Belia & Sukan Johor Bahru bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. Sebanyak 4 jenis acara dipertandingkan iaitu: futsal, tenpin bowling, petanq dan permainan dalaman. Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah menghantar 5 wakil dalam fiesta tersebut untuk menyertai 4 acara dan telah mencapai kejayaan berikut :

1. Khairul Faris B. Abd Jalil (Futsal) - Johan
2. Abdul Latif B. Jalil (Futsal) - Johan
3. Khairul Hazizi B. Ahmad (Petanq) - Johan Lelaki
4. Nurul Nabilah Bt Zainal Abidin (Petanq) - Naib Johan Perempuan
5. Muhammad Nur B. Zakaria (Tenpin bowling) - Saguhati















No comments: