Friday, 20 June 2014
LAWATAN KE PULAU LANGKAWI, PERMATA KEDAH
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Lawatan ke Pulau Langkawi, Kedah dari 16 - 19 Jun 2014 yang lalu. Program tersebut bertujuan memberi pendedahan tentang keindahan dan keunikan budaya, sejarah dan alam semula jadi pulau lagenda kepada semua peserta rombongan. Program yang diketuai oleh En. Hamzah B. Hamdan, GPK Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara disertai oleh 11 guru dan PPM serta 31 orang murid Pendidikan Khas. Sepanjang program tersebut, rombongan telah dibawa melawat pulau-pulau terpilih iaitu Pulau Dayang Bunting termasuk Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar untuk melihat Spesis Helang Putih. Selain itu, rombongan turut dibawa melawat Kilang Gamat, Kota Mahsuri, Underwaterworld Langkawi, Pantai Cenang, Beras Terbakar di Padang Matsirat dan Kereta Kabel Langkawi di Gunung Machinchang. Rombongan turut dibawa mengelilingi Pulau Langkawi untuk melihat sendiri kecantikan dan keunikan alam semula jadi di samping pusat-pusat membeli belah yang terdapat di sini. Semoga lawatan ini akan menjadi kenangan manis kepada semua peserta rombongan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment