Tuesday 4 November 2014

MAJLIS GRADUASI PENDIDIKAN KHAS DAERAH KULAIJAYA 2014

PPD Kulaijaya telah mengadakan Majlis Graduasi Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya 2014 pada 4 November 2014 di Dewan Sri Sayong, Felda Sg Sayong, Kulaijaya. Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr Adham B. Baba, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor DUN Pasir Raja. Dalam Majlis tersebut seramai 2 orang murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah menerima sijil graduasi daripada beliau. Dalam majlis tersebut juga 2 orang murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah dipilih menerima Anugerah Tokoh Murid Pendidikan Khas Daerah Kulaijaya bagi kategori senior iaitu:
Khairul Hazizi B. Ahmad (Tokoh Murid Pendidikan Khas Lelaki Senior)
Nurul Nabilah Bt Zainal Abidin (Tokoh Murid Pendidikan Khas Perempuan Senior)
Turut menerima anugerah ialah  En. Mohd Hassry B. Mustakim, selaku penerima Anugerah Guru Pendidikan Khas Aktif Daerah Kulaijaya 2014. Tahniah kepada semua.







 


No comments: