Monday 2 March 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN MUDA SMK BANDAR TENGGARA 2015

Unit Hem SMK Bandar Tenggara telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pemimpin Muda SMK Bandar Tenggara pada 1 Mac 2015 yang lalu. Seramai lima orang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara telah terlibat dalam majlis tersebut dan menerima watikah perlantikan masing-masing iaitu:

1. Muhammad Fairuz B. Mohd Pauzi (Ketua Tingkatan Permata Hati)
2. Nor Atikah Bt Samat (Penolong Ketua Tingkatan Permata Hati)
3. Mohamad Hamzah B. Jamain (Bendahari Tingkatan Permata Hati)
4. Nurul Nabilah Bt Zainal Abidin (Penolong Ketua Tingkatan 4 Mutiara) - Kelas Inklusif
5.Muhamad Danial B. Nor Remee (Pemimpin Rakan Sebaya -PRS)

Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr Mazlan B. Aris, Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. 















No comments: