Saturday 26 November 2016

PROGRAM JOHOR FUTURE DUN PANTI 2016

Beberapa murid PPKI SMK Bandar Tenggara telah berpeluang menyertai Program Johor Future peringkat Dun Panti, Parlimen Tenggara 2016 yang telah diadakan pada 26 November 2016 di Dataran Tasik Bandar Tenggara. Program ini bertujuan melahirkan generasi masa depan yang aktif dalam sukan dan aktiviti kecergasan. Antara acara yang dijalankan ialah Acara Jalan Kaki dan Acara Berbasikal. Program diakhiri dengan Cabutan Bertuah yang turut dimenangi oleh Pn. Hjh Khairani Bt Hamdan, GPK Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara (Basikal) dan En. Mohd Hassry B. Mustakim (Kipas angin).

Di hadapan Dataran Tasik Bandar Tenggara

Di hadapan pentas utama
Bacaan doa oleh Tn Hj Ahmad Sapari, Pengerusi Yayasan Bandar Tenggara
Nizam bertugas sebagai marshal Acara Berbasikal
Hadiah Utama cabutan bertuah
Pameran agensi kerajaan



No comments: