Wednesday 2 March 2016

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN MUDA 2016

Unit HEM SMK Bandar Tenggara telah menganjurkan Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pemimpin Muda 2016 di Dewan Permata, SMK Bandar Tenggara pada 28 Februari 2016 lalu. Majlis disempurnakan oleh Tuan Mohd Sharin B. Hj Sabtu, Penguasa Penjara Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Dalam majlis tersebut, 6 unit telah diberikan watikah perlantikan iaitu, Badan Pengawas, Majlis Ketua Penolong & Bendahari (KENARI), Pengawas Pusat Sumber (PSS), Majlis Perwakilan Pelajar PraUnibversiti (MPP), Ahli Lembaga Koperasi (ALP) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Bacaan ikrar Pemimpin Muda diketua Saudara Hakim B. Azman, Ketua Pelajar SMK Bandar Tenggara. Murid Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara turut terlibat dalam majlis tersebut iaitu Muhd Fitri Aiman, Faris Airman dan Nor Atikah Samat sebagai ahli KENARI.

Ucapan GPK Pentadbiran, Pn. Haslina B. Mohd Bakri
Ucapan perasmian oleh Tuan 
Muhd Fitri Aiman dan Faris Airman di barisan Majlis KENARI
Penyampaian kepada Ketua Pelajar SMK Bandar Tenggara
Penyampaian kepada Penolong Ketua Pelajar
Penyampaian kepada Ketua KENARI
Bacaan Ikrar oleh Pemimpin Muda
Penyampaian cenderamata kepada perasmi
Barisan Guru dan Perasmi
Badan Pengawas SMK Bandar Tenggara 2016
Majlis Ketua Penolong Bendahari (KENARI) 2016
Pengawas Pusat Sumber 2016
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Ahli Lembaga Koperasi (ALK)
Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti (MPP)

No comments: