Wednesday 20 April 2016

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PENDIDIKAN KHAS NEGERI JOHOR 2016

Kejohanan Balapan & Padang Pendidikan Khas Negeri Johor telah dianjurkan oleh PPD Muar pada 17 -19 April 2016 lalu di Stadium Sultan Ibrahim, Muar. Kontinjen Kulai dengan kekuatan 33 atlet dan 9 guru pengiring telah berjaya mengutip 2 Emas, 8 Perak dan 15 Gangsa di kedudukan ke 7 keseluruhan. Seorang murid Permata Hati SMK Bandar Tenggara iaitu Muhd Izzat Haiqal B. Mohd Zaidi turut mewakili daerah Kulai dalam acara lompat jauh, 400m dan memperoleh gangsa dalam acara 4x100m. Guru PPKI SMK Bandar Tenggara, En. Mohd Hassry B. Mustakim turut terlibat sebagai Guru Pengiring. Majlis penutup dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Muar, Tn. Hj Ramlee B. A Rahman. Secara keseluruhannya kontinjen Kulai memperoleh 2 Emas, 9 Perak & 15 Gangsa. Tahniah kepada semua atlet dan guru pengiring.

Barisan atlet dan jurulatih daerah Kulai
Muhd Izzat Haiqal (kiri) bersama En. Mohd Hassry
Barisan jurulatih Daerah Kulai

Atlet Kulai membuat regangan
Acara 100m Perempuan BP
Majlis penyampaian hadiah 
Muhd Izzat Haiqal memulakan saingan 400m
Barisan atlet daerah-daerah Johor
Majlis penyampaian hadiah 
Acara lontar peluru Perempuan BP
Acara lompat tinggi Perempuan BD
Pengurus pasukan & penolong-penolong pengurus
Acara lompta jauh Perempuan BP
Acara 4x100m




No comments: