Sunday 16 October 2016

MESYUARAT AGUNG MAJLIS GURU PENDIDIKAN KHAS (MGPK) DAERAH KULAI

Mesyuarat Agung Majlis Guru Pendidikan Khas (MGPK) Daerah Kulai telah berlangsung pada 7 September 2016 yang lalu di Bilik Seminar, Pejabat Pendidikan Daerah Kulai. Seramai 200 orang guru-guru Pendidikan Khas Daerah Kulai telah terlibat dalam mesyuarat tersebut termasuk 7 orang guru Pendidikan Khas SMK Bandar Tenggara. Mesyuarat dirasmikan oleh Tuan PPD Kulai, Tn. Hj Ishak B. Mahbob dengan kehadiran Tn. Hj Abd Rahman B. Hamdan, Ketua Unit Pendidikan Khas JPN Johor. Dalam mesyuarat tersebut dua orang guru PPKI SMK Bandar Tenggara telah dicalonkan dan terpilih memegang jawatan dalam majlis tersebut iaitu En. Mohd Hassry B. Mustakim sebagai Timbalan Pengerusi Daerah dan Pn. Hjh Khairani Bt Hamdan selaku AJK. Tahniah diucapkan.

Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan Negaraku
Sebahagian guru Pendidikan Khas Kulai yang hadir
Sebahagian guru Pendidikan Khas Kulai yang hadir


Ucapan Ketua Unit Pendidikan Khas JPN Johor, Tn Hj Abd Rahman Hamdan

Sesi penerangan 
Ucapan perasmian oleh Tuan PPD Kulai, Tn Hj Ishak B. Mahbob



Khusyuk mendengar taklimat

Taklimat program Kem Motivasi Pendidikan Khas Kulai

Penyampaian cenderamata kepada Tn PPD Kulai
Penyampaian cenderamata kepada Penolong PPD Pendidikan Khas Kulai, En. Halim
Penyampaian cenderamata kepada Ketua Unit Pendidikan Khas JPN Johor

No comments: